Tuesday, March 10, 2015

Lamb Chop...


Sebenarnya dah lama hubby suruh buat lamb chop ni, tapi disebabkan kebizian, maka selalulah tertangguh...akhirnya dapat jugak merealisasikan impian utk buat lamb chop ni sendiri..Alhamdulillah sedap n anak2 Liza pun suka..

Sebenarnya banyak resepi lamb chop tapi Liza berkenan utk mencuba resepi drChef Amer yg Liza amik kat dapur K.Ita, thnx ye kak sebab sudi share resepi yg marbeles ni tapi sosnya Liza amik kat dapur Lina sbb bhn dan cara penyediaannya lebih senang bg Liza...biasalah, nak cepat siap kan...hihihii

RESEPI LAMB CHOP

 Resepi : Chef Amer Hamzah

Bhn2:

 10 keping kambing Lamb Shoulder -

Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman

Kata Chef, daging yang dah dilumurkan dengan bahan perapan di biarkan dahulu satu jam diluar hingga semua bahan perapan tu menyerap dalam daging.
Kemudian barulah di paketkan dan di simpan dalam peti ais
Untuk lebih mudah kita peketkan dalam jumlah yang kecil
Katalah satu keluarga ada 4 orang, jadi kita peketkan 4 keping untuk satu bungkusan supaya mudah bila kita nak nyah bekukan sebelum di bakar

Daging yang dah di lumurkan haruslah di perap semalaman supaya segala bahan perapan serap di dalam daging..



SOS BLACK PEPPER 

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan. - Liza pun xguna tapi tetap sodaappp..terima kasih Lina





Kalau nak buat sos blackpepper resepi Chef Amer, ada Liza ertakan kat bawah ni ye...

BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

Bhn2:
 
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu
 
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata
Resepi ni Liza CnP dr dapur K.Ita ye, malas nk salin balik...ihihii
 
 
 
 

1 comment:

  1. Assalam..sedapnya lamb chop..agak lama x buat.Terliur pulak bila tgk lamb chop liza..
    Tq fren sudi cuba sos blackpepper tu..harap kena ngan taste liza

    ReplyDelete