Friday, February 27, 2015

Tempahan Lagiiii, alhamdulillah...

 
 
 
 
 
  Kek Chocolate Indulgence Cheese Cake, kek yg terlajak laris...tq





                          Kek buah kukus yg sangat moistttt...






Kek span choc yg kaya dgn rasa choc, filling ganache n fc n coating fc...




Super fudgy brownies..kesedapannya tak dapat dibayangkan dgn kata2, kena rasa dulu baru tau...yummy


Boleh pm/WA Liza utk tempahan bagi sebarang majlis 0192113080...tq



Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang....



Masa g pasar ari tu, Nampak ramai pulok yg jual belimbing buluh ni, dan2 tu jugak telan air liur teringatkan kesedapan sambal hitam yg buat hari tu...jadi dgn langkah yg lemah gemalai terus menuju kat makcik yg jual belimbing ni, beli dalam 2 piring RM4, dapat banyak la jugak,alhamdulillah ...dalam hati dah berkira2 nk buat stok sambal hitam ni...ihihi

Macam hari tu jugak, Liza masih menggunakan resepi peberet dr Kak Madihaa ni, kena dengan selera kami ..thnx kak




RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PAHANG

Bhn2:
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
Minyak - utk menumis


1- Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2( Liza gunakan dlm 20 biji). Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.

4. Sambal ini boleh disimpan lama..

Kek Doraemon...

 
 
Kek span yg kaya dgn rasa coklat, filling oreo fc dan coating fc..terima kasih utk tempahan kek ni, mintak halal apa yg terkurang ye...
 
 
 


Boleh pm/WA Liza  0192113080 utk sebarang tempahan..


Tempahan Victoria Sandwic Cake ...alhamdulillah

 
 
Alhamdulillah, ni antara kek yg sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan...Victoria Sandwic Cake dgn gabungan cream cheese dan strawberry compote yg meletop letop dalam mulut...hihihi
 

 
 


















                   Kek utk hantaran pertunangan...terima kasih






Berminat nak merasa boleh pm/WA Liza ye 0192113080...


Super Fudgy Brownies...yummy



Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua..akhirnya dapat jugok mengemas dapur maya ni, dah berhabuk pun...hihhi
Disebabkan takde idea nk celoteh, jom kita terus tgk resepi brownies yg sedap ni ye...kalau google mmg banyak sgt versi brownies  ni, jadi pilih je mana yg berkenan di hati dan tekak..

Kali ni Liza try resepi dr Che Ct pulok, resepi asal katanya dr Martha Stewart tu...kenal kan, hihii
Terima kasih Kak Ct atas perkongsian resepi yg memang marbeles ni..




SUPER FUDGY BROWNIES

Bhn2:
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil (Liza guna coklat susu)
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)(3/4 cawan)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips
1/2 cawan butterscotch chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong.