Alhamdulillah, menjadi jugak kek sarang semut ni...hihi
Kadang2 pun liza buat tak jadi jugak sarang ni, tak tau lah kat mana silapnya..kali ni Liza gunakan resepi dr K.Nor yg dikongsikan oleh Kak Yati, terima kasih buat kedua2 akk Liza ni...
RESEPI KEK GULA HANGUS KAK NOR
Bhn2:
- 1 1/4 cawan gula halus*
- 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
- 125gm butter
- 4 biji telur gred A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Caranya
- Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
- Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
- Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
- Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
- Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
- Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
- Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
- Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
Salam Liza....
ReplyDeletekek kesukaan saya ni...mula2 belajar buat kek dulu ni la antara kek yg sy nak sangat belajar...sedap kek ni..
Mcm nak buat raya ni, sedap Dan senang kan...
ReplyDeletememang sedap kek ni..boleh buat nnti..bestnya..byk resepi kak liza dahre :)
ReplyDeleteshare :)
ReplyDelete