Tuesday, April 1, 2014

Kuah Rojak / Petis Homemade....



Assalamualaikum wbt...dah lama teringin nak buat sendiri kuah rojak ni, ye la kan, baru blh adjust nak pedas ke, manis ke atau apa saja rasa yg sesuai dgn selera kita...Alhamdulillah google punya google terberkenanlah dgn resepi dr Dayang ni..yg paling best sekali sebab family Liza mmg suka dgn sos homemade ni..dapat banyak jugak la, so, simpan je dlm petiais..bila2 je nak makan, keluarkan n terus cicah...perghhhh


Apa2 pun jutaan terima kasih pada Dayang yg sudi berkongsi resepi ni, izinkan Liza share kat sini pulak ye..



RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE

Bhn2:

  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)


  • Cara2:



  • Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  • Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  • Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!








  •  

    2 comments:

    1. Sedap ni cicah jambu air atau jambu batu. Kakpb selalu beli yg dlm botol, masih ada lagi tak habis2. Nanti nak cuba juga mcm Liza buat ni.

      ReplyDelete
    2. sedap..sedapp..suka cicah dgn buah pauh ^_^.. nnt nk cuba bt sndiri..slalu beli je kuah rojak

      ReplyDelete