Wednesday, October 16, 2013
Nasi Ayam Hadramaut.....
Liza buat nasi ni semalam sempena Aidiladha, mmg dah lama salin resepi ni sbb terliur bila tgk kat dapur Lydia...mmg nmpak best sgt, rupa2nya wallaaa, mmg tak terkata sedapnya walaupun cara nak buat tu nmpk mcm panjang tapi percayalah mmg berbaloi baloi sedapnya....thnx ye Lydia atas perkongsian resepi yg marbeles ni, sekurang2nya bertambah lg resepi nasi kat dapur Liza ni...alhamdulilllah
RESEPI NASI AYAM HADRAMAUT
Bhn2 utk merebus ayam:
1/2 ekor ayam – potong )
pinch of nutmeg powder
1/4 cmt cardamom powder
1/4 cmt arabic mix spices - skip
1-2 helai daun bay
1/4 camt kayu manis powder
2 kuntum bunga cengkih
1/4 camt corainder powder
pinch of serbuk lada hitam
1/4 camt cumin powder
1/4 camt ginger powder
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2 –tk letak sbb tak ada stock ari ni
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 30 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis air/kuahnya.
Bahan untuk memasak nasi
2 biji cardamom pods*
1 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt corainder powder*
1/4 camt serbuk lada hitam*
1/2 camt cumin powder*
1/4 camt ginger powder* - Liza letak halia basah dlm 1 inci diketuk
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa
4 camb cawan minyak masak
11/2 cawan beras basmati
21/2 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras)
Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratus hingag transparent dalam 2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak.
Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu.
Taraaaaa… Nasi siap untuk dihidangkan…
Cara-cara masak ayam
1 biji bawang besar-didadu kasar
2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 camb minyak masak
2 biji tomato fresh-didadu kasar
1/2 cawan chopped fresh coriander
1 biji capsicum hijau- didadu kasar
1-2 biji cili hijau/ cili api kalau nak pedas (Lydia boh cili merah sbb abis stok)
2 camb tomato paste - Liza letak sos tomato
1/4 camt ginger powder*
1/8 camt nutmeg powder *
2-3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
1/2 camt corainder powder *
1/4 camt serbuk lada hitam *
1/2 camt cumin powder *
1/4 camt arabic mixed spices *- skip
1/4 camt kunyit powder*-dicampur bersama, & add sikit air, gaul sebati
Sedikit air rebusan ayam-ikut suka nak banyak mana kuah
garam secukup rasa .
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga transparent.
Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik baud an mauskkan rempah* (yg dicampur bersama), cardamom pods , cili dan kulit kayu manis.
Kacau hingga naik bau wangi rempah ratus.
Masukkan fresh tomato, mask hingga tomato layu.
Masukkan capsicum dan gorengkan sebentar hingga sedikit layu dan masukkan tomato paste, masakkan sehingga sedikit kering dan masukkan ayam, kaacau hingga ayam bergaul rata dengan tomato dan tambahkan sedikit air biarkan sebentar hingga kuah pekat.
Tutupkan api dan taburkan dengan fresh coriander.
Hidangkan dengan nasi.
Selamat mencuba.
Note:- Tak yah masak lama ayam tu sebab, ayam dah pon masak just nak bagi mesra ngan rempah ratus/sosnya saja. Sos tu pula kering/lembab cam ayam masak merah jer tau bukan macam kari.
Salsa - xbuat
2-3 biji buah tomato masak
cili hijau/cili api(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus lemon (semasam yang anda suka)
garam secupup rasa sedikit air untuk blend bahan
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan.
Maraq - xbuat jugak daaa
1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulsa bawang putih- dicincang halus
4 camb tomato paste
1-2 biji cili hijau
2 biji medium fresh tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
sayur (bendi@terung@carrot@zucchini@labu@potato@buncis)-pilih yg mana suka atau masukkan semua/ pilih 2-3 jenis sayur masak bersama- dadu kasar
air rebusan ayam
1 camb lemon jus
1/2 camt arab mix spices*
1/2 camt cumin powder*
1/2 camt corainder powder*
1/4 camt cardamom powder*
1/4 camt black paper powder*
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa
sedikit chopped fresh corainder-utk tabur
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingag transparent.
Masukkan cili hijau dan gorengkan sebentar.
Masukkan bawang putih dan bahan bertanda, biarkan sebentar hingga terbit bau.
Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar dan masukkan fresh tomato dan gorengkan hingga tomato layu.
Masukkan tomato paste dan kacau sebati.
Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak Dan masukkan jus lemon serta garam.
Offkan api dan taburkan dengan fresh corainder leave.
Hidangkan dengan nasi..
Cheq sue pun dh buat nasi ni. Mmg sedap sgt..nmpk je susah tp x la susah sgt kan..
ReplyDelete