Thursday, October 24, 2013

Mango Sagu....




Alang2 dah musim manga ni, rezeki kitaorg pun murah sgt sebab ramai yg bagi mangga ni...bila dah banyak sgt ni, terfikir la jugak nak buat bndalain dgn manga ni..cari punya cari terjumpalah resepi yg berkenan di hati..

Bila tengok je gambar mango sagu ni kat dapur Zack, terasa sejuk sampai ke tekak, perghhh mmg dah jatuh cintan...terima kasih Zack atas perkongsian resepi ni ...

RESEPI MANGO SAGU


Bhn2:
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C tapi ku dapat 1C je :P
1/4C biji sagu kecil - lain kali ku akan guna 1/8C je sebab banyak juga dapat
1/2C susu pekat manis - ku guna susu sejat tambah 4sb-5sb gula. Kalau guna susu pekat boleh kurangkan kepada 1/4C@1/3C atau adjust air/gula.
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional

Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.

2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.

3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.

4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.

5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas (ku guna pudding cup).

6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.



3 comments:

  1. Yesss... betul-betul good idea ni Liz. Rumah kakak tengah banyak mangga. Mudah pulak tu cuma tak ada idea tak tahu. Dah baca ini kakak ingat boleh ikut dah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sesuai rasanya buat utk hidangan berbuka puasa...

    ReplyDelete