Friday, October 4, 2013

Chocolate Indulgence Cheese Cake utk Angah....Happy Birthday



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Jumaat 041013...Alhamdulillah hari ni genaplah umur angah 14 tahun..semoga angah menjadi anak yg solehah dan cemerlang dunia n akhirat...Aamiin

Sebenarnya kek ni Liza buat weekend lepas masa abg cuti..sbb rasa lain sangat bila buat something yg special cmni kalau tak cukup ahli...walaupun kek ni tak secantik mana pun tapi Liza mmg puashati sbb at least dapat buat sendiri utk anak2..alhamdulilllah

Resepi kali ni Liza gabungkan dr 2 resepi yg berlainan..resepi kek chiffon coklat dr Puteri manakala resepi mousse dr ABM, thnx ye pada kedua2nya...Liza mintak izin share kat sini pulak ye...



RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE CHEESE CAKE

Coklat Chiffon

Bahan A

30 gram serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kuning telur
100 gram gula kastor
130 gram tepung kek
1 sk soda bikabonat
60ml minyak jagung
1 sk ese vanilla

Bahan B

4 biji putih telur
60 gram gula kastor
1/4 sk cream of tartar

Cara-caranya :

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
2. Satukan bahan A dan pukul (high speed) sampai kembang
3. Mangkuk lain, bahan B pukul (high speed) sampai kental. (kalau terbalikkan mangkuk tak jatuh)
4. Satukan bahan A dan B secara kaup balik menggunakan senduk kayu/plastik saje.
5. Masukkan dalam loyang 9' yang telah dilengserkan tapaknye saje dan bakar selama 40 minit. Akk guna ap bawah sahaja.- Liza guna loyang 8 inci
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan loyang tadi atas redai. biar sampai sejuk, baru keluarkan dari loyang...





coklat mousse:
200g coklat - dipotong kecil
15-20g gula kastor - ikut citarasa
1 biji telur kuning
40ml susu segar
1 1/2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan
160ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dh manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*

cream cheese mousse:
180g cream cheese - disuhu bilik ( Liza guna 250gm)
3-5 sudu besar gula - ikut citarasa
4 sudu besar susu segar
2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan ( 3 s/b gelatin)
230ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dah manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*
*jika mahu buat 2 lapisan cream cheese, lebihkan sukatan sedikit ya*

coklat ganache
200g coklat
80-100ml UHT whipping cream
1/2 sudu besar mentega
*jika nak ganti dengan non-diary whipping cream pon boleh*

 
coklat mousse :
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2. Masukkan telur kuning, gula, susu kedalam mangkuk lain dan pukul seketika. Letakkan mangkuk diatas air panas (double boiler) dan pukul sehingga gebu.
3. Masukkan campuran telur kedalam coklat dan kaup balik. Masukkan juga gelatin yang sudah dicairkan dan gaul rata.
4. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan kedalam campuran coklat dan kaup balik sebati.
cream cheese mousse:
1. Cairkan cheese dan gula menggunakan kaedah double boiler. 
2. Campurkan gelatin dan gaul rata.
3. Pukul whipping cream sehingga gebu. Masukkan kedalam campuran cheese dan kaup balik rata.
 
coklat ganache:
1. Panaskan UHT whipping cream dengan menggunakan api yang kecil. Jangan sampai mendidih.
2. Jika dah panas, masukkan coklat dan butter kedalamnya dan gaul sehingga coklat cair. Ketepikan.
 
 
Penyediaan
1. Potong kek kepada 3 lapisan. (jika nak buat 3 lapisan mousse, potong kek 4 bahagian)
2. Lapiskan mengikut urutan dibawah :
Lapisan kek - Coklat Mousse - Lapisan kek - Cream Cheese Mousse - Lapisan Kek
3. Jika membuat 3 lapisan mousse, ikut urutan dibawah:
Kek - Cream Cheese Mousse - Kek - Coklat Mousse - Kek - Cream Cheese Mousse - Kek
4. Cover bahagian luar dengan mousse (tgk lah mane yang ada lebih. hihi)
5. Sejukkan didalam peti ais selama 1 jam sebelum tuang ganache diatasnya.
 
 

Dah besar rupanya anak umi ye...dh jadi anak dara pun
 

 

5 comments:

  1. tu dia.. masing2 tayang indulgence kek la skrg utk bday kek.. jeles tun ni haa.. cantik dh nmpk deco tu.

    ReplyDelete
  2. kompem sdp tu liza... akak jugalah yg ketinggalan keretapi tak try2 lg kek sedap ni..

    ReplyDelete
  3. pernah la jugak sekali buat indulgance ni tapi tak menjadi...konon nak buat semula tak jadi-jadi lagi pulaknya..

    ReplyDelete
  4. happy birthday utk angah. kek yg mengancam!

    ReplyDelete
  5. Happy birthday untuk angah.... hai kita berangan nak buat kek ni tapi habuk pun tadak ha hahaha

    ReplyDelete