Tuesday, September 17, 2013

Sandwic Ayam ala Zinger Burger...


Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua...lama betul rasanya tak update resepi kat sini, tak tau la kenapa rasa lemau semacam je...sbb musim hujan kot...hihihii

Setiap kali kalau take away kfc kompem ada ayam yg berlebih, jadi terpaksa lah Liza fikir mcm2 cara utk perabiskan ayam grg tu...kdg2 Liza jadikan lauk utk nasi grg, mee grg atau maggi grg, mmg sedap la kan sbb rasa rempah ayam grg tu dah bercampur dgn semua..tapi kalau malas nk grg2, liza cuma buat sandwich mcm ni atau sandwich dgn salad ayam yg potong kecil2...apa2 pun terpulang pada ayam grg yg lebih tu la, bnyak atau sikit...




Buat sandwich ni senang sgt, rasanya semua dah boleh agak kan bhn2 dia...

SANDWIC AYAM ALA ZINGER BURGER

Bhn2:

Roti sandwich secukupnya - nak guna roti burger pun boleh jugak
Kepingan isi ayam KFC- nk guna ayam grg lain pun boleh
Daun salad secukupnya
Tomato - hiris bulat nipis
Sos cili Thai
Mayonis

- ambil sekeping roti, letakkan sehelai daun salad, tomato dan kepingan ayam grg.
- kemudian picitkan sos cili thai dan mayonis..
- tutup dgn sekeping roti lg..
- dah siappp..

Mmg sedap dan mengenyangkan..


Bhn2 tu main agak2 je la ye...nak bnyak mana terpulang la..

2 comments:

  1. salam..cadangan lain..kita buat pegedil...siat isi ayam halus2 dan campurkan dgn bahan2 pegedil biasa iaitu kentang goreng, bawang goreng, daun sup, sedikit lada hitam dan telur. Kalau x ada kentang segar, boleh juga guna 'French fries' sejuk beku..janji kita goreng dulu la...

    ReplyDelete
  2. Tak baik membazer kan Liza... sedapnya sandwich tu banyak ayam...

    ReplyDelete