Thursday, July 4, 2013

Lontong...





Buat lg lontong sbb ni salah satu makanan peberet Liza..walaupun hubby tak suka tp anak2 dgn mak anak mmg sukaaa sgt...terima kasih anak2ku, kalianlah penyelamat umi, kaau tidak umi takde geng nk mkn lontong...hihihi


RESEPI KUAH LODEH

Bhn2:
300gm udang hidup, buang kulitnya
2 biji lada merah- hiris nipis
2 ulas bawang putih- tumbuk
5 ulas bawang merah- tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
segenggam udang kering - ditumbuk
2 batang serai, dititik
4 cawan pati santan
Garam dan gula
3 btg kacang pjg - diptong pendek
3 keping tauhu - goreng
4 keping tempe - potong kecik
2 keping fucuk dan suhun

Masak bahan tumbuk dan serai bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit, masukkan fucuk, suhun dan cili merah hiris. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.




Bhn2 sampingan:

Nasi impit
Sambal ikan bilis

- potong kecil nasi impit, masukkan ke dlm mangkuk / pinggan, tuangkan kuah lodeh dan letak sambal ikan bilis diatasnya...sedia di makan...perghhhhh

1 comment:

  1. assalamualaikum liza..
    tudiaaa.. lontong ni nampak mengancam sangat.. berseri2 lak tu.. terliur dibuatnya.. bak sket..

    ReplyDelete