Tuesday, April 30, 2013

Puding Roti Karamel....



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan yg Liza sayangi...dah lama sgt rasanya tak jengah dapur maya ni, Liza harapkan semuanya sihat walafiat ye...

Puding roti karamel di dah lama Liza buat, dah pernah buat kat SINI, puding ni mmg lenbut sgt, kalau malas nk kunyah pun boleh, masuk mulut terus telan je....hhihii

Ambik resepi ni dr dapur si Hana tu, tp dia cakap resepi asal ni dr Embun Rosaliza, thnx pada dua2 ye sbb puding ni dah jd salah satu dessert yg family Liza suka...



PUDING ROTI KARAMEL

Bhn2:

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)

  • Cara-cara
     
    1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
    2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
    3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

    14 comments:

    1. Sedapnya slrup puding roti yang lembut... nyum2x!!

      ReplyDelete
    2. assalam liza, sedapkan puding roti karamel ni..tambah lak yg dah disejukkan..memang layan abessss

      ReplyDelete
    3. Sedapnya...ada balance roti kat dapo,leh buat:)

      ReplyDelete
    4. assalam liza..
      wahhhh sedapnya.. sekata je jadi topping karamel kat atas tu.. :) cantek lahhh

      ReplyDelete
    5. wah, nampak lembut dan sedap puding roti ni...

      ReplyDelete
    6. Kakak suka tapi tak rajin macam Liza. Bila tengok macam nak buat aje:)

      ReplyDelete
    7. Assalam liza, akk pun dh lama takbuat puding ni, tadi ada juga dok fikir2 nak buat, sedap sejuk2

      ReplyDelete
    8. mak ai..sedapnya puding roti tu..apatah lagi kalau makan ketika sejuk2..nyum2..

      ReplyDelete
    9. Kak liza,
      puding kak liza nampak lembut sangat..tak pernah buat lagi..nnt nak beli stok roti...

      ReplyDelete
    10. kita sihat aje... ni la antara puding roti kegemaran, suka dengan pahit2 karamel tu, tak muak sangat ^^

      ReplyDelete
    11. kt dapur tu ada lagi balance2 roti tengoklah kalau terajin ucu pun nk buat puding...tapi kalau termalas alamat roti tu celup dgn kopi o panas lerrr....

      ReplyDelete
    12. Liza...
      kalau jumpa puding roti karamel ke tak karamel ke memang asyik masyuk kak Amie makan berpotong2 sampai kenyang! Suka sangat!

      ReplyDelete
    13. liza macam mana nak dptkan lapisan karamel cantik mcm tu..mmg guna 3 sudu gula je ker? lagi satu kalau roti biasa bukan gardenia boleh kan kena tambah sikit ker..akak ada buat tp lembik la... akak guna roti gardenia juga..kenapa lebik yer

      ReplyDelete