Monday, March 11, 2013

Chocolate Chip Cookies...


Dah lama rasanya tak mengukis ni, tetiba je rasa keinginan tu membuak buak nak ngukis..pastu mula la, yg jd mangsa anak2...hihihi, ye la dah buat pun utk diaorg kan, sesekali kena lah tolong umi jugak...

Kali ni Liza try biskut ni guna resepi dr Syari Myr , mmg sedap n anak2 pun suka..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bhn2:
  • 1 cawan gula - Liza skip
  • 1 cawan padat gula perang * - Liza guna 3/4 cawan je..
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain


  1. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  2. 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
  3. 3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

4 comments:

  1. Salam.Bestnya dapat Umi rajin camni,..blm raya dah buat sekut :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Liza..he he he he tapi kan, klu makan kukis di luar musim raya ni best tauuuuu....

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Liza,
    saya pun suka kurangkan sukatan gula kalau buat kuih-muih... sedap lagi!

    ReplyDelete
  4. Salam kak liza.. sedapnyer! dh lama betul tun x mengukis. mmg bila tiba virus M tu kan, mcm ni la jadinyer. duk terliur tp x buat2. huhu

    ReplyDelete