Monday, March 11, 2013

Chocolate Cheesecake....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 11 Mac 2013...rasa sekejap je cuti weekend ari tu, mana taknya hari Sabtu ari tu pun angah sekolah ganti, jd yg betul2 dapat relax sikit semalam je...rasa letih pun tak hilang lg, kalau lah dpt cuti panjang, alangkah bestnya....hihihii

Berbalik kita pada resepi kek ni, sebenarnya dah lama Liza buat, tp baru sempat nk publish..kali ni try resepi chocolate cheesecake ni dr dapur Dayang, thnx ye Dayang...Liza mintak izin share resepi kat sini pulak...



RESEPI CHOCOLATE CHEESECAKE

Bhn2:

Lapisan Coklat :

125g tepung kek
125g mentega
2 biji telur A
150g gula kastor
30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam)
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :
300g krim keju
1 biji telur
60 g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan tepung gandum
Cara-cara :
  1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan.
  3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus) Selamat mencuba!

Nota dr Dayang:

***gandakan adunan jika menggunakan loyang 7 inci ke atas.
***tepung kek boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung (ayak bersama)
***kek ni sedang-sedang manisnya.
***lepas bakar, biarkan ia sejuk terlebih dahulu(terutama lapisan cheese) sblm dipotong.
***alaskan loyang dan sekeliling loyang dengan baking paper jika suka.
***sila adjust kepanasan suhu oven sendiri ye, kalau terlalu panas, nanti rentung pulak lapisan cheesenya.
***jika suka, boleh buat 3 layer, coklat-cheese-coklat
***kalau susah sgt nk meratakan adunan cheese dgn sudu, sila guna piping bag/pastry bag jika ada.
 
UPDATE :
- kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang 20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.
- versi bakar pulak, boleh dibakar layer demi layer jika takut adunan cheese tu jatuh. Bakar lapisan coklat selama lbh kurang 7-10 minit dgn suhu 160C atau hingga adunan dah tak cair. Kemudian bolehlah dilapiskan dgn lapisan cheese dan bakarlah sehingga masak. untuk info, DJ bakar sekali jer. Tuangkan lapisan coklat, kemudian DJ letak/pancitkan adunan cheese di atasnya perlahan2 dgn menggunakan pastry bag/piping bag. Kemudian barulah dibakar hingga masak.
 

2 comments:

  1. sedapnya kek ni..nyum2..teringin nak cuba buat jugak..

    ReplyDelete
  2. cubalah, mmg mngasyikkan bila mkn kek ni...

    ReplyDelete