Friday, February 15, 2013

Sos BBQ Special....



Hari tu dok intai2 dapur Diana, terjumpa resepi sos ni...ape lg terus salin n buat...mmg tak menghampakan, walaupun ada bhn yg Liza xletak sbb xde stok..pertama kali Liza buat utk mkn dgn oblong...mmg meletup n melompat2 dlm mulut...hihihihi, ayat sape tu...

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Diana...

RESEPI SOS BBQ SPECIAL

Bhn2:


3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
1 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee )- guna kicap manis
1/2 tsp serbuk rempah 5 - Liza xletak
1 tsp lada hitam kisar - tambah lg 1s/t
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

 
 
Cara²

Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.

Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.

Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.

Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan
kegemaran.



11 comments:

  1. Assalamualaikum Kak..emmm sedapnya.....

    ReplyDelete
  2. Nampaknya boleh buat sendiri la prosperity burger kan....

    ReplyDelete
  3. uisshhh..oblong tu da nampak macam prosperity burger dah..sedapnyaa

    ReplyDelete
  4. nak tanya..sy xpndi masak tp sy suka sos bbq..nk try buat sndri..cuma nk tau pe maksud sukatan "tbsp"

    ReplyDelete
  5. nak tanya..sy xpndi masak tp sy suka sos bbq..nk try buat sndri..cuma nk tau pe maksud sukatan "tbsp"

    ReplyDelete
  6. Nak tanye.dlm resepi tu ada rempah...tu rempah ape ye..

    ReplyDelete
  7. ni bbq sauce or blackpapper sauce sbab bahan smua basic utk blackpepper sauce?

    ReplyDelete
  8. bbq sos bolih ganti bbq sos yg jual kt kedai? brand apa yer best?

    ReplyDelete