Monday, February 25, 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers...

 
 
 

Dah berulang kali buat ayam panggang Pak Kenny ni, sedap...dah pernah buat kat SINI, tp Liza tempek lg resepi kat sini utk menyenangkan rujukan...

Resepi ni Liza CnP dr dapur Mamasya, thnx a lot mama sbb sudi panjangkan resepi yg marbeles ni...


RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha

Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

Nota dapur mamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.

4 comments:

  1. suka peha ayam...
    nampak sedap betul ayam panggang pak kenny ni...makan panas2 aduh sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak...Emmmm...bila tengok ayam akak kat sini..tetiba plak terasa.."Lamanya tak panggang ayam ni"... sedappppnya

    ReplyDelete
  3. Salam kak liza,
    sedapnya..umi dan keluarga pun suka kalau ayam ala2 kenny rogers ni..erm, ada lagi tak? lapar la..

    ReplyDelete
  4. ASLMKM..lamanya x masak2 sedap2..asyik beli jek..nak ratah ayaammm.

    ReplyDelete