Tuesday, July 17, 2012

Kuih Kaswi Gandum....


Ni kuih peberet Yana, anak bongsu Liza...tiap kali dia nmpk org jual kuih ni, dia akan cakap , ' umi, nnt umi buat kuih yg mcm makcik tu jual ye, yg warna coklat lepas tu ada kelapa '...so, umi dia pun ape lagi, terus buat la...sebab kannnn, umi dia pun suka jugak kuih ni.....kuikuikui

Kali Ni Liza buat guna resepi dr Kak Liza, tp Liza amik resepi ni dr dapur Izah...Liza tgk Mas pun dah buat kaswi ni bnyak kali kan..so, tak perlu dipertikaikan lg la kesedapan kuih ni....moh kita tgk resepi....thnx pada semua yg terlibat ye....



RESEPI KASWI GANDUM

Bhn2:

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan
- Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.



9 comments:

  1. Salam,
    Pagi tadi teringin nak makan kuih kaswi. Singgah kat gerai so beli dua ketul. Bila sampai office, nak makan rupa rupanya pulut. Rupa sebijik kaswi....

    ReplyDelete
  2. salam liza.
    Sedap kaswi ni. Bundo kalau teringin, beli je seketul dua kat kedai sebab kat rumah tak berapa laku.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kaswi gandum....belum pernah buat lagi,selalu beli aje.

    ReplyDelete
  4. kita sedang mengintai kaswi gandum, urmmm... sedapnyaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  5. dah lama mengidam nk buat kasui ni, bila nk buat ni

    ReplyDelete
  6. salam liza cayang..akak pun nak gaak 3 potong kaswi tu ek! yummyyy!!

    ReplyDelete
  7. salam kak liza ^^ tun suka mkn kaswi! tp tun suka yg kenyal. resepi kak hanieliza nih sedap, lg lembik2 skit kan.

    ReplyDelete
  8. sedapnya..lg2 buat lembik2 sikit..kelapa buh byk2 sikit..wallaaa kecurr:)

    ReplyDelete
  9. peberet ku jua..kdg2 sy buat "terkeras ckit"..sy suka MIL buat..mmg mebeless

    ReplyDelete