Liza amik resepi ni dr dapur Kak Rose , katanya ayam panggang/ bakar halia ni Kak Rose amik dr dapur Kak Ummi Kuantan...terima kasih utk kedua2nya dan jugak pada pemilik resepi asal Kak Hanieliza....terima kasih daun keladi...
RESEPI AYAM PANGGANG HALIA
Bhn2:
- 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
- 4 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
- 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
- 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis , Liza pun tak tumis
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
- Hidangkan bersama salad dan timun.
Liza buat utk makan dgn nasi jer, simple menu tp sodaaapppp.....perghhhhhh
as-salam kak Liza
ReplyDeleteamboiii tadi Spagetti Goreng Mamak..ni pulak ayam panggang halia..aduhh!!! sedapnye..
salam,
ReplyDeleteselalu pergi picnic, bole try nanti he..he..sedapnya...
Salam kak liza,
ReplyDeleteAri tu umi goreng..kak liza keluar yang panggang..lebih sihat dan baunya pasti memikat..tunggu ujung minggu la nak buat
sedapkan.. kita dah pernah cuba, sehingga menjilat jari..
ReplyDeletekalau saya memang untuk diratah cm tu je nih..huhhu
ReplyDeletesalam syg kak liza..
ReplyDeletekalau dapat kat zila habis diratah jew la..he hehee dah lama x panggang2 ayam kak..mesti best nie.nnt zila nk try jgk resepi nie:)
tak pernah cuba lagi resepi ayam bakar kak ummi ni.. tp mmg nampak pun sedap tu...
ReplyDeletesalam liza..akak nk tumpang mamam lunch kt sini..leh x??
ReplyDeletesalam kenal. pertama kali singgah sini.
ReplyDeleteSalam kenal Kak Liza... Adoi, dalam kelaparan nampak pulak ayam panggang... Makan dengan nasi panas2 sedap ni... :)
ReplyDelete