Sunday, February 5, 2012

Char Kuetiaw Goreng Mamak....


Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua kengkawan dan pengunjung blog Intai Dapur....semoga semuanya sihat walafiat di samping tugas2 harian yg tak pernah habis....

Kuetiaw grg mamak ni Liza amik dr umah Kak Ita, terliur pulak nmpak kat dapur dia hari tu...tp masa Liza buat ni bnyak bhn yg tak cukup, so Liza adjust ikut bhn yg ada kat umah jer la....ape2 pun rasanya mmg sedap....jom kita tgk resepi penuh dr Kak Ita...

Liza share kat sini pulak yer Kak Ita...terima kasih daun keladi....

RESEPI CHAR KUETIAW GORENG MAMAK

Bhn2:

1kg kuetiau
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah
2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa




Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap, sos tiram dan kuetiau. Kacau rata.
Ketepikan kuetiau dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan kuetiau sedikit kering.
Siap untuk hidangan.

 

                                                                  Jemput semua....

 

 

4 comments:

  1. sedapnya char kue tiaw goreng! lamex mkn...

    salam maulidurasul kak.. :)

    ReplyDelete
  2. Met siang kak Liza.. hmm sedap nih, ngga pernah bosan yah makan nya, melly ikutan makan yah kak.. hehe

    ReplyDelete
  3. Best.. satu famili punya feveret ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Teringin nak makan CKT, tadi dah beli kuetiaunya, tapi bila nak buat tak tau lagi.

    ReplyDelete