Tuesday, December 13, 2011

Nasi Kuning Aroma....

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita di hari Selasa 13 Disember 2011....pekabar semua? diharapkan kita semua sntiasa di dlm lindunganNya yer....Amin

Hari ni nk share pulak resepi nasi kuning yg Liza buat hr tu...sebenarnya Liza jarang buat nasi2 beraroma cmni sbb kakak ( anak no.3) tak berapa gemar nasi2 cmni....hari tu pun dia mkn sekadar ambik syarat jer....huiiiissshhh ssh betul bdk srg tu...kalau g kenduri pun dia ttp pilih nasi putih, mmg kakak punya citarasa ni pelik sikit dr bdk2 yg sebaya dgn dia....

Liza amik resepi ni dr Kak Fida MyR....mmg kena btl ngan tajuk nasi ni, harum satu rumah bila masak nasi ni....adik tak sabar2 nk mkn,lapar katanya....hihihii

Liza CnP resepi kat sini pulak yer kak...


RESEPI NASI KUNING AROMA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 kilo beras basmathi - cuci,rendam 15 min dan toskan
  • 1.5 ltr santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia - diketuk
  • 1 1/2 sb jus limau kasturi/lemon/nipis
  • 1 sb garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau 2 sk kunyit serbuk

Cara-cara

  1. Didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
  3. **Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak.Sekiranya tk ingin nasi berkerak,apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
  4. **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.


                                          Jemput mkn semua.....Bismillah.....nyum nyum

20 comments:

  1. Assalam Liza,
    sedaplah rasa nasi kuning tu... bahan yang digunakan pun memang yang kuar aroma yang menggoda hidung!

    ReplyDelete
  2. wslam kak amie....betul tu,bkn setakat mnggoda hidung,mulut n perut pun tergoda jugak.....hihihihi

    ReplyDelete
  3. Mak ai...aromanya berjalan sampai Ipoh...ari ini MC demam kuat lagi ni...Liza sudah kacau akak..perut dah mengelodak nak nasi kuning. Kirim pakai post laju ya.

    ReplyDelete
  4. Aduh... baca bahan yg diguna pun dah tahu Liz aroma mesti semerbak satu rumah... dan teringin pulak kakak nie:)

    ReplyDelete
  5. Saya pun jarang masak nasi beraroma kecuali nasi lemak sebab yg sorang lagi tu tak berapa gemar.

    ReplyDelete
  6. Sedap tu..kak ros pulak hari ni masak pulut kuning.tak tahu nak sarapan apa.Nampak beras pulut hentam je la.

    ReplyDelete
  7. Asalam. Liza.oh cam nasi lemak tp buh kunyit n daun utk tambah lg aroma..x penah cuba lg ni..nnti nk cubalah.

    ReplyDelete
  8. ni mcm buat pulut kuning ekkk cuma beza guna beras biasa ek...mesti sedap sgt ni

    ReplyDelete
  9. sedapnya pulut dengan nasi kuning dua2 saya suka..

    ReplyDelete
  10. wah boleh cuba ni..tp nasi mcm ni kena pandai padan ngan lauk lah kan..sbb ank2 sy pun x berapa suka mkn ns yg lain ckit ..huhu

    ReplyDelete
  11. salam...

    beras basmathi ni jarang beli, anak2 tak suka sangat...
    tapi sesekali cuba masak habis gak..
    memang harum nasi kuning ni..

    ReplyDelete
  12. kak paty..Liza dah pos td, dh sampai ke belum?hihihih

    ReplyDelete
  13. kak zakie...mmg wangi sgt bau masa masak nasi ni...

    ReplyDelete
  14. hazila....tu la yg ssh kan, kena ikut selera semua org, tp kdg2 xterikut jugak....bnyak sgt ragamnya....hihihihi

    ReplyDelete
  15. kak ros...peberet family Liza pulut kuning tu...anak liza sampai xmkn nasi kalau dpt pulut kuning...hihihihhi

    ReplyDelete
  16. wslam mawar...mmg cm nasi lemak, cuma lbh wangi...

    ReplyDelete
  17. ayu...lbh kurang la, tp dia lbh pada rasa nasi lemak ...

    ReplyDelete
  18. ieja...betul tu, tp kalau buat sambal tumis bilis pun ok gak rasanya sbb dia mmg cam nasi lemak...

    ReplyDelete
  19. wslam nur...Liza pun jarang jugak beli beras basmathi ni, tp bila dah ada terpaksa la perabis...

    ReplyDelete
  20. Aslmkum Liza

    nampak sedap nasi kuning tu...bau semerbak tu buat lagi selera mkn.

    ReplyDelete