Friday, October 21, 2011
KurmaTelur....
Salam semua dan berjumpa lagi kita hari ni, Jumaat 21 Oktober 2011 bersamaan 23 Zulkaedah 1432H...semoga semuanya di bawah lindunganNya...Amin...berbalik pada kurma telur ni, act kan bila terfikir jer nk masak telur, apa yg terlintas mst grg kicap @ sambal telur...padahal mcm2 lauk blh buat ngan telur ni..blh masak kari, rendang ke, kurma ke,kuzi dan macam2 lah...hissshhh jakun betoll, tu pun tak tau, kan...hihihihi...moh kita layan resepi pulak...
RESEPI KURMA TELUR
Bhn2
Telur - sukahati berapa biji (rebus)
Halia - ditumbuk
Bwg merah - ditumbuk
Rempah kurma
Santan
Rempah 4 sekawan
Ubi kentang
Bwg besar - belah 4
Lada merah - belah 2
Garam
Gula dan perasa
Sdkt minyak utk menumis
- mula2 gaulkan bhn yg ditumbuk bersama rempah kurma..tambah air sikit.
- panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan masukkan bhn yg digaul tadi.
- bila dh agak garing, masukkan santan, garam, gula dan perasa.
- bila santan dh mendidih, masukkan ubi kentang.
- biarkan kuah sedikit kering brumasukkan telur yg telah direbus tadi..
- masukkan juga bwg besar dan cili merah..
- rasakan dan sedia dihidang...
Selalu kakak buat ini bila nak bawa ke asrama anak kakak, favourite dia. Nampak ini terus ingat dia Liza..
ReplyDeleteooo yer ke kak...mmg bila anak2 jauh dr kita, apa2 pun peberet dia, kalau kita tgk mst kita teringatkan dia kan kak...huhuhu ..
ReplyDeleteMenu yang simple ..mudah tapi sedapppp...kan Liza...
ReplyDeleteSalam, tak pernah tau pun telur boleh masak kurma.. boleh cuba ni.. telur tu potong masa nak hidang kan.. kalau tak kuning telur tu ghaib tak
ReplyDelete