Friday, April 12, 2013

Kek Chiffon Oren Marble...



Ilham dr kek chiffon oren yg biasa Liza buat..kali ni cuba marblekan dgn rasa coklat pulak, berganda2 kesedapan kek ni, dan berganda2 jugaklah lemak2 dlm badan...mana tidaknya, lepas sekeping sekeping, laju je masuk mulut..lepas tu mula lah rasa bersalah...hihihi



Terima kasih sangat2 pada CMG sbb kek ni mmg dah jd peberet family Liza...

RESEPI KEK CHIFFON OREN MARBLE

Bhn2:
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

2 s/k choc emulco - Liza tambah

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


# Ambik 1/3 dr adunan dan masukkan choc emulco, lepas tu tuang ke dlm loyang secara selang selikan adunan asal dgn adunan choc..bakar mcm biasa #...

Bun Salad Kentang...



Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua di hari Jumaat yg cerah ni, semoga segala apa yg kita lakukan mendapat keredhaan olehNya..ye la kan, hari Jumaat ni kan penghulu bg semua hari, dan pastinya kita akan mendapat keberkatan yg berlipat ganda atas segala kebaikan yg kita lakukan...insyaallah

Berbalik pada bun atau roti salad ni kan, Liza dapat idea ni dr buku Jom Berjimat Menyediakan Roti dr Norhayani Mohd Nor...dlm buku ni mcm2 idea utk buat roti yg ada dan ditunjukkan cara2 buat dia sekali, mmg berbaloi beli, harga pun murah je...


RESEPI BUN SALAD KENTANG

Bhn2 Roti :8 biji

300gm tepung roti
30 gm gula
2 s/b susu tepung
1/2 s/k garam
1 s/k yis
150 gm air
1 s/k bread improver -  Liza tambah
1 biji telur - kocok
40 gm water roux - klik SINI
30 gm mentega

- masukkan bhn2 cecair diikuti dgn bhn2 kering ke dlm Bread Machine dan pilih menu bread dough, tunggu hingga siap..
- sementara tu boleh sediakan salad kentang..

Bhn2 Salad Kentang:

1 biji kentang besar / 2 biji- kupas kulit dan potong dadu.
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 s/b mayonis
Garam dan serbuk lada sulah
2 btg sosej - hiris halus
1/2 btg carrot - potong halus

- rebus kentang, sosej dan carrot hingga empuk.
- campurkan semua bhn dan gaul sebati, ketepikan..

Keluarkan doh dr mesin roti dan tumbuk untuk keluarkan angin, bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat2kan..biarkan selama 10 minit..
Ambil sebiji doh dan tekankan sedikit supaya menjadi leper.
Letakkan salad kentang diatas doh td dan biarkan roti kembang 2x ganda dpd saiz asal.
Sebelum dibakar, sapu permukaan roti dgn sedikit susu segar / telur.
Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit...


# Resepi asal buat bun bentuk bakul, terpulang la ye..#

Wednesday, April 10, 2013

Ungkep Ikan Haruan...



Disebabkan dah jatuh cintan dgn ungkep ni, so kali ni Liza cuba buat guna ikan haruan pulak, mmg best sangat dgn rasa rempah dia..sampai menjilat jari anak2 n hubby makan...

Masih menggunakan resepi dr Cide de Nuanza sbb resepi ni mmg best, kalau tak caya, cubalah buat..


RESEPI UNGKEP IKAN HARUAN

Bhn2:
5 keping isi ikan haruan - bersihkan
1 keping asam gelugur
cili merah / hijau- hiris
1 biji bwg besar- hiris
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 btg serai- diketuk
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Bahan2 tumbuk:
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih

Ikan haruan di gaul dgn srbk kunyit dan sedikit garam kemudian digrg sebentar.
Panaskan minyak. tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Masukkan juga serai dan cili hiris
Biar hinga naik bau
Masukkan bahan2 tumbuk + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + asam gelugur
Tambahkan sedikit air dan gaul sebati
Masukkan garam dan sedikit gula jika suka
Biarkan bahan2 sedikit garing dan kering (kemudian boleh ditambah lg sedikit air jika inginkan sedikit basah)
Masukkan ikan haruan yg telah digrg td dan gaul sebati..

Kuih Kaswi Gandum...



Kuih yg sentiasa jadi peberet Liza, sekarang ni anak2 pun suka jugak...alhamdulillah...kuih ni mmg sedap, lembut gitu..kalau org yg takde gigi pun boleh makan kuih ni...hihii

Resepi asal kuih ni dari Kak Liza tp Liza CnP dr dapur Hero Malaya kita CMG, thnx pada kedua2nya dan mintak izin Liza panjangkan kat dapur Liza pulak ye, thnx...

RESEPI KASWI GANDUM

Bhn2:
BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat) -skip

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
 
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit).
  5. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam..

Kepah Goreng Cili Merah...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan...semoga semuanya di bawah lindungan Allah Yang Esa...dah lama sangat rasanya Liza jamu semua dgn masak lemak telur itik kan, sian...hihihi

Hari tu masa kat pasar ternampak srg adik ni dok jual benda alah ni, Liza pun tanya lah apa tu, dia cakap tak tau...lepas tu Liza hentam sendiri la nama dia kepah, mintak2 betul la kan....hihihi 

Masa mula2 beli ni takde idea lg nak masak ape, tp beli jugak sbb kepah ni mmg jarang jumpa kan...last2 fikir benda yg paling senang nk masak n family Liza suka, maka terjadilah kepah grg cili merah..



RESEPI KEPAH GORENG CILI MERAH

Bhn2:

500 gm kepah - bersihkan dan sejat
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
7 biji cili merah *
4 biji cili padi *
2 s/b sos tiram
Sdkt daun sup
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam, gula
Minyak

- tumbuk/ blend bhn2 bertanda *.
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk dan bawang besar hiris hingga wangi.
- masukkan sos tiram, garam dan gula , kacau sebati.
- masukkan kepah. gaul sekejap dan tutup kuali, masak hingga kepah terbuka (maknanya kepah dah masak).
- buka tudung kuali dan tabur daun sup dan gaul sebati, angkat..


Thursday, April 4, 2013

Masak Lemak Telur Itik....

 
 

Assalamualaikum wbt....dah lama rasanya tak makan masak lemak telur itik ni...ye la, sesekali tekak nak rasa jugak menu2 cmni, kompem bertambah2 nasi, gandingkan pulak dgn kangkung grg, ikan grg n sambal belacan...perghhhhh layannn...

Dah pernah buat kat SINI, jom kita tgk resepi ye..

MASAK LEMAK TELUR ITIK

Bhn2:
5 biji telur itik
Santan dr sebiji kelapa
1 sudu mkn cili mesin
4 ulas bwg merah*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
Sehiris nipis lengkuas*
1/2 s/teh biji ketumbar*
Garam, serbuk perasa

- tumbuk semua bhn tg bertanda * hingga lumat.
- masukkan ke dlm santan.
- masukkan juga cili mesin.
- masak semua bhn di atas hingga mendidih.
- pecahkan telur sebiji2, tp INGAT jgn dikacau.
- perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
- perlahankan api dan biarkan telur masak.
- sedia dihidang..



Wednesday, April 3, 2013

Nasi Ayam Madu.....

 

Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Rabu 030413....semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt atas apa sahaja yg kita lakukan...Aamiin
 
 
Sebenarnya nasi ayam ni dah lama Liza buat, tp mcm biasa la kan, tuan dapur ni bz memanjang, hihihi...resepi ni Liza dapat dr Azah, member yg dok kat Rawang, tetiba rasa rindu pulak, maklumlah dah lama tak dengar khabar berita, moga2 Azah n family sentiasa di lindungiNya...
 

Memula makan nasi ayam ni masa Azah buat open house dlm beberapa tahun lepas, pastu tgk anak2 n hubby bertambah2 nasi, so, apalagi, dgn muka tak malunya Liza mintak resepi ni dr Azah dan alhamdulillah dah kini jadi peberet family Liza...

Pada sesape yg nak resepi yg sedap ni, jom ..

RESEPI NASI AYAM MADU AZAH

Bhn2:

Untuk air rebusan :

1 ekor ayam - bersihkan dan potong 
2cm halia yg diketuk
Air secukupnya - lebihkan

Untuk perap
5 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
3 s/b madu

Untuk nasi
5cwn beras
3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
Air rebusan ayam tadi + air biasa secukupnya
Sedikit garam.
Beberapa titik pewarna kuning
Daun pandan
1 batang serai - titik

Bahan sos 
5 biji cili merah
3 biji cili api 
2 ulas bawang putih 
2 cm halia
1 sudu teh cuka
Garam, gula
1/2 cawan air masak

Untuk sup
Lebihan air rebusan ayam
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 bungkus sup bunjut
Garam, perasa
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Untuk Kicap
Lebihan perapan ayam
 
Cara-cara
Ayam direbus bersama halia yg diketuk dan air hingga empuk..
 
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 30 min. Goreng / panggang hingga garing.
 
Untuk nasi- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia,bawang putih, daun pandan dan serai hingga wangi, 
Masukkan beras, masukkan air rebusan ayam dan air secukupnya, pewarna kuning dan garam. Masak seperti biasa.
 
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
 
Untuk sup- panaskan sedikit minyak dan tumis bwg pth hingga wangi, masukkan air rebusan ayam dan sup bunjut, garam dan perasa..masak hingga mendidih, angkat dan taburkan daun sup dan bawang grg

Untuk kicap- masak lebihan perapan ayam td hingga mendidih..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...