Tuesday, March 19, 2013

Roti Naik Pahang....

 
 
 

Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...pekabar semua, hari ni perasaan Liza tak menentu, sedih, berdebar, takut semuanya ada..tak boleh nak citer panjang2 hari ni, tak boleh nk fikir rasenya...

Jom kita terus ke resepi roti Tok Mak ni ye, sebenarnya dah 2 kali buat roti guna resepi ni, pestime Liza buat bun kacang merah, kali ni kosong je...

Terima kasih pada Tok Mak atas resepi yg marbeles ni...Liza CnP resepi dr CMG, thnx pada kedua2 nya ye...

RESEPI ROTI NAIK PAHANG

Bhn2:

300 gram tepung roti
 
200 gram tepung gandum
2 camca teh instant yeast
50 gm gula
2 camca besar mentega/majerin
1 biji telur*
2 camca besar susu tepung*
240 ml air dari peti sejuk*(*disatukan dan kacau rata jadi kurang lebih 300ml)
1/2 camca teh bread softener
Bijan untuk hiasan
Inti pilihan anda (mat tak letak, cuma buat bun kosong sahaja)
Sedikit telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata untuk menglis roti)

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bancuhan air + susu tepung + telur ke dalam bread maker, tambah bahan2 lain kecuali bijan, bahan untuk menglis dan inti (jika guna).
  2. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON. Tunggu hingga siap. Keluarkan dan uli sekejap, tabur sedikit tepung pada meja kerja.
  3. Bulat2kan adunan biar pada saiz yang sama (kalau mat buat 1/2 dapat 9 biji, untuk resipi ini dalam 18 biji bun).
  4. Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar 45 minit atau hingga naik berganda.
  5. Sapu bancuhan untuk menglis, tabur bijan rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan bersama air kopi atau dimakan bersama jem, seri kaya atau sambal tumis....

Friday, March 15, 2013

Kelebihan Ayat Kursi....


Jom kita baca ayat kursi sebanyak mungkin kerana bnyk manfaat yg akan kita dapat..Liza ambik dr blog Sharmine, thnx  dan Liza mintak izin utk sebarkan kat blog Liza pulak...



:: Kelebihan Ayat Kursi ::



Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Daging Palembang....



Assalamualaikum wbt dan salam manis di pagi Jumaat 03 Jamadilawal 1434H....semoga kita semua mendapat keberkatan atas apa yg kita lakukan, insyaallah...Aamiin..

Hari tu tgk daging palembang kat dapur Madihaa, terus terliur...dan esoknya terus buat...Tapi daging Liza tak berapa hitam mgkn jugak sbb kurang kicap...ape2 pun rasa dia tetap mantap...

Liza mohon panjangkan resepi kat sini pulak ye..thnx pada Madihaa dan Kak Maria Hakem...



RESEPI DAGING PALEMBANG

Bhn2:

700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.

4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.


Wednesday, March 13, 2013

Rojak Mee Mamak / India...

 
Dah selalu sgt buat rojak mee tp kali ni Liza cuba buat resepi dr dapur Kak Norlie pulak..thnx ye Kak Norlie sbb kuah rojak mee tersangat lah sedapnyaa...Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye..thnx again
 
 
Kalau nak tgk versi dulu yg Liza buat, klik kat SINI ye, tp kali ni Liza tambah ayam grg utk lauk dia...
 

RESEPI ROJAK MEE

Bhn2:

300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak

Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa

# Untuk resepi buat cucur utk rojak mee, blh tgk kat dapur kak Norlie ye, klik je link kat atas tu..#

Abok Abok....



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua pengunjung dapur Liza yg tak seberapa ni....alhamdulillah hari ni kita masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah ini...semoga segala apa yg kita lakukan akan diberkati...Aamiin

Kuih abok2 ni mmg peberet hubby, jadi nak tak nak kenalah belajar buat kan...sebenarnya Liza mmg tak pernah mkn kuih ni, mgkn jugak kuih ni takde kat Kelate kan...

Pada sesape yg nak cuba buat kuih ni utk minum ptg nnt, silakanlah, jgn segan2 ye...hihii


Dah pernah buat kat sini, resepi ni dr Cikgu Nita, terima kasih bebanyak, Liza suka resepi ni sbb senang cara buat dia n yg penting sedap...moh kita try..

RESEPI KUIH ABOK ABOK

Bhn2:
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat
Cara-cara
 
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Monday, March 11, 2013

Chocolate Chip Cookies...


Dah lama rasanya tak mengukis ni, tetiba je rasa keinginan tu membuak buak nak ngukis..pastu mula la, yg jd mangsa anak2...hihihi, ye la dah buat pun utk diaorg kan, sesekali kena lah tolong umi jugak...

Kali ni Liza try biskut ni guna resepi dr Syari Myr , mmg sedap n anak2 pun suka..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bhn2:
  • 1 cawan gula - Liza skip
  • 1 cawan padat gula perang * - Liza guna 3/4 cawan je..
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain


  1. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  2. 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
  3. 3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Asam Pedas Ikan Pari Melaka Style...



Ni la satu2nya lauk pilihan Liza kalau g makan kat kedai...gandingkan pulak dgn taugeh n tauhu grg,mmg terangkat la...sebenarnya Liza tak kisah ikan apa pun, janji asam pedas...fuhhh

Kali ni try buat asam pedas Melaka style katanya.resepi ni Liza jumpa kat dapur Jalina, menurut akk Jalina, resepi ni turun temurun dr nenek sebelah ayah kak Jalina yg asal n duduk kat Merlimau, Melaka.

So, jom kita tgk resepi ye..

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bhn2:

4 ulas bawang kecik (size besar sikit, kalau yg kecik-kecik tu double kan la)
3 ulas bawang putih
1 1/2 kunyit hidup
1 sudu jintan manis
Sedikit belacan
4 - 5 sudu besar cili kering yang dah diblender
Air asam jawa
Ikan pari/ parang/ tenggiri/ kmbung/ pilihan

Daun kesum
Garam, perasa


- mesin halus semua bwg, kunyit hidup dan jintan manis..
- panaskan minyak dan tumis bhn2 blend dan cili mesin hingga garing..
- masukkan air dan air  asam jawa secukupnya, biarkan mendidih dan masukkan ikan dan daun kesum, juga garam dan perasa.
- biarkan mendidih sekali lg dan tutup api..

* Untuk menyedapkan lg kuah asam pedas ni, bila kita dah bubuh ikan, kecilkan api dan biar ikan tu masak dan sebati dgn kuah..*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...