Wednesday, February 27, 2013

Roti Manis Ala Jepun....



Hari tu ternampak roti manis ni kat dapur Kak Yati terus teringin nak cuba sbb hubby mmg suka dgn roti yg bergula cmni...tak dapat g Jepun pun tak pe la, janji dpt mkn roti jepun kan...hihihi, resepi asal dr Gert...CMG dgn Kak Ummi pun dh buat roti yg gebu ni...

Utk menepati selera cik hubby yg suka mkn roti yg ada gula ni kan, Liza tabur la sdkt gula kasar kat atas roti tu...
Puas hati tgk cik hubby mkn, lepas satu, satu dia ambik...lepas ni akan ada ulangan roti ni, yang tu ..PASTI...hihihii

Liza mintak izin share resepi roti ni kat sini pulak ye, mintak halal...

RESEPI ROTI MANIS ALA JEPUN

Bhn2:

375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemaran atau seri kaya.


Rich Chocolate Moist Cake....



'Dah lama umi tak buat kek coklat mcm ni,' angah cakap...hihihi
haaa, ni umi dah buat, mkn sampai puas ye...resepi ni ambik dr dapur Madihaa, manyak syok layan ini kek wooo....hihihi

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Madihaa...

RESEPI RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Bhn2:

BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur

BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco

BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder

180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.


TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.


Nasi Impit Goreng....


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...hari ni cuaca ok sikit, diharapkan panas sampai ke petang la kan...sbb bila hujan ni bnyak aktiviti yg tergendala n terpaksa ditangguhkan...ape2 pun hujan tu sebenarnya rahmat pd kita, sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg Allah beri pada kita...jgn suka mengeluh, tak baik tawww...hihihihi

Berbalik la pada nasi impit grg, ni la pestime Liza mkn nasi impit grg..selama ni dok tgk je resepi yg berlambak2 tp tak pernah terbuka hati langsung nak try buat..sehinggalah satu hari tu dok borak2 dgn adik, dia bgtau dia dh buat nasi impit grg tu. sedaapp..dia cakap k.za try la...so, ni lah hasilnya...taraaaa


Rupanya mmg betul2 sedap bagai dikata, nak2 pulak Liza tambah ayam grg KFC kat dlm tu...perrghhhh

Resepi ni Liza ambik dr dapur Kak Ita yg diambil dr buku masakan Dato' Chef Wan...jom kita tgk resepi ye, thnx Kak Ita..

RESEPI NASI IMPIT GORENG

Bhn2:

Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
4 ulas bwg merah - Liza tambah
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ita tak letak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil - guna ayam KFC
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inc

Bahan Sos

50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam

Sediakan sos.

Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam.
Perasakan secukupnya jika perlu dan ketepikan



  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  2. Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
  3. Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
  6. Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
  8. Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya
  9. Masukkan taugeh dan daun kucai
  10. Kacau cepat-cepat dan matikan api
  11. Hidangkan segera

Monday, February 25, 2013

Puding Coklat Oreo...





 


Dah lama sangat buat puding ni, anak2 mmg suka dgn gabungan rasa coklat n oreo tu, sedapp...makan bnyak pun mmg tak sedar, hiihhii..dan umi dia pulak paling suka tang bab nak buat tu, senang bangat...thnx Ros atas perkongsian resepi yg sedap ni...
 
Tapi puding oreo yg Liza buat ni tak nampak berlapis sbb Liza tak keluarkan puding ni dr acuan, lupa la...hihihi, so, kalau nak tengok puding oreo yg cantik berlapis, silalah ke rumah Ros ye..sebenarnya lg bnyak oreo yg kita letak lg tebal lapisan dia tu dan lg cantik la...
 
RESEPI PUDING COKLAT OREO
 
Bhn2:
 
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara

1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
 



 



Ayam Panggang Ala Kenny Rogers...

 
 
 

Dah berulang kali buat ayam panggang Pak Kenny ni, sedap...dah pernah buat kat SINI, tp Liza tempek lg resepi kat sini utk menyenangkan rujukan...

Resepi ni Liza CnP dr dapur Mamasya, thnx a lot mama sbb sudi panjangkan resepi yg marbeles ni...


RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha

Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

Nota dapur mamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.

Daging Goreng Lada Hitam Capsicum...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...resepi ni Liza main campak2 je sbb anak2 ngn cik hubby mmg suka lauk2yg ada lada hitam cmni...disebabkan Liza mg suka dgn lauk2 perap ni, so, kali ni Liza perapkan dgg dgn sos lada hitam...

Kalau takde sos lada hitam pun, mgkn blh jugak guna srbuk lada hitam yg biasa tu..resepi Liza ni mmg simple sgt dan Liza letak capsicum hijau sbb nk perabis stok...kalau tak de pun tak pe..

Jom intai resepi..



RESEPI DAGING GORENG LADA HITAM CAPSICUM

Bhn2 A:

1/2 kg dgg - hiris nipis
4 s/b sos lada hitam - guna serbuk lada hitam pun boleh
4 ulas bwg putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk

- perap bhn2 di atas dgn dgg lbh kurang 2-3 jam.

Bhn2 B:

1 biji capsicum hijau - potong kecil
1 labu bwg besar - hiris nipis
2 s/b sos tiram
Garam, gula secukup rasa
Minyak
Air secukupnya

- panaskan sdkt minyak dan tumis bwg besar hingga wangi.
- masukkan sos tiram, gaul dan masukkan dgg perap td, masukkan sdkt air, garam dan gula.
- masak hingga dgg empuk dan masukkan capsicum hijau dan gaul sebati...


Thursday, February 21, 2013

Rendang Ayam Bonda...



Buat lg rendang ayam ni sbb kat umah ni kalau buat lauk2 cmni mmg laju je...nak2 pulak kalau ada ketupat daun palas ataupun pulut kuning...fuhhh mmg kompem tak nmpak MIL dok jeling2...hhihi

Sebenarnya asas nk buat rendang ni lebih kurang sama je kan, ni pulak resepi rendang dr arwah ma yg mmg selalu Liza guna...dulu dah pernah buat rendang itik tp guna resepi lain yg kena tumis dulu...kali ni tak payah nk tumis2 , terus campak je semua nya...hihihi

Jom kita tgk resepi..

RESEPI RENDANG AYAM BONDA

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 keping kecil nise/ gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
 
10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering
 
Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...