Wednesday, March 8, 2017

Grilled Beef with Spicy Sauce...





Resepi ni dr buku Thai Favourite yg anak2 hadiahkan masa birthday hari tu...bnyk resepi 2Thai yg best dlm buku ni..kali ni Liza cuba buat dgg panggang ni gara2 stok dgg masa raya korban ari tu still ada dalam freezer..haiyyaaa, punya la lama dgg tu dok bertapa dlm freezer kan,hihii
Resepi ni mmg sedap sangat bg family Liza..



 
 
 
 
GRILLED BEEF WITH SPICY SAUCE
 
Bhn2:
 
300gm daging
1 s/k serbuk lada hitam - Liza tambah 
 
 
Spicy Sauce:
1/2 biji tomato - cincang
1/4 biji bawang  besar - cincang
1/2 - 1 s/teh serbuk cili
21/2 s/b sos ikan
2 s/b jus limau / air asam jawa
1 s/t palm sugar / nise / gula pasir
1 s/b beef stock - Liza guna air biasa je
 
 
- gaulkan daging dgn serbuk lada hitam dan panggang hingga masak..
- utk sos: satukan semua bhn dalam mangkuk..
- hiris nips dgg td dan hidangkan berasingan dgn sos td..
 

 
 







Kek Coklat Moist Anis..








Resepi kek coklat ni mmg selalu Liza buat sbb anak2 suka yg ni..tq pada empunya resepi ye






RESEPI KEK COKLAT ANIS

Bhn2:

1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
 - masak semua atas api sederhana hingga gula larut

2 biji telur
- pukul dgn whisk dan masak sekali dgn bhn2 di atas

1 cawan tepung gandum
1/2 s/t soda bikarbonat
1/2 s/t double action baking powder
- semua bhn diayak.
- masukkan ke dlm bhn2 yg telah dimasak td..
- masukkan ke dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah dilengser mentega dan kukus 30 minit atau sehingga masak..




Sourdough Wheat Tortilla...

 
 
Masih menggunakan sourdough starter / natural yeast ..sebenarnya dr segi rasa takde beza pun, cuma lagi sedap n lembut bg Liza
Tq pada Nurul yg memperkenalkan sourdough ni pada akk, ni pun resepi tortilla dr Nurul juga cuma Liza olah beberapa bhn ...
 
 
 
 

SOURDOUGH WHEAT TORTILLA
 
Bhn2:
 
A:
 
1 cawan active sourdough starter
 
B:
 
2 cawan tepung gandum
1 cawan wholemeal flour
2 s/k garam
1 s/k baking powder

 
 
C:
6 s/b olive oil
 
 
D:
3/4 - 1 cawan air suam
 
 
 
- campur bhn B ke dlm mangkuk mixer dan gaul mesra - guna LOW SPEED je
- masukkan bhn C dan gaul lg hingga jd macam serbuk roti
- masukkkan A dan gaul lagi
-  akhir sekali, masukkan air sedkikit2 hingga mendapat adunan yg tak melekat di tgn ..
- uli doh sekejap dan bahagikan kpd 12 bahagian, bulat2kan..
- rehatkan doh 30 minit
- panaskan pan dgn api sederhana, ambil sebiji doh td dan canai nipis..
- masak di atas pan sehingga gelembung, balikkan dan biar dlm 30 saat atau sehingga masak..
- angkat dan letakkan dlm pinggan dan tutup dgn tuala dapur yg bersih utk mengekalkan kelembapan tortilla td..
 

 
 
 




                                                Yummy





Tuesday, March 7, 2017

Puff Pastry Apple Pie...




Buat lagi apple puff ni guna resepi yg sama dr CMG...dulu anak2 mmg tak suka langsung makan apple pie / puuf ni, tapi semenjak Liza buat guna resepi dr Cik Mat ni, Alhamdulillah berselera diaorang makan...tq bnyak2 ye Cik Mat







RESEPI APPLE PIE
 
Bhn2 Inti:
 
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering (atau kismis)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam

Bhn2 Lain:

 
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 kuning telur, untuk menglis
Sedikit chia seed - tabur atas










CARA MEMBUATNYA :-)
 
UNTUK INTI EPAL :-

 
  1. Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus lemon dan gaul rata, jika guna.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian...

 
UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :-

 

  1. Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.* Liza x potong puff pastry td, letak inti sebelah bahagian...sapu telur di setiap tepi kulit dan lipat..tekan2 sikit biar kemas dan rapat..
  2. Sapu dengan kuning telur, tabur chia seed dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....

Masak Lemak Siput Sedut Daun Kaduk...






Tiap kali masak lemak siput sedut ni mst Liza akan gandingkan dgn daun kaduk, kalau tak mmg rasa tak mengancam..




RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT DAUN KADUK

Bhn2:

1 kg siput sedut - bersihkan
1 ikat daun kaduk - hiris halus
6 ulas bawang merah *
6 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
2 s/b cili mesin
Santan secukupnya
Garam

 blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
- bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
- tutup api dan boleh hidang la





Donut Funwari / Water Roux...





Kali ni Liza cuba buat donut guna kaedah water roux...mmg lembut dan sedap...tq Ros Jintan Manis utk resepi yg marbeles ni..







DONUT FUNWARI / WATER ROUX

Bhn2:


400gram tepung roti 
100gram tepung gandum
170ml air suam 
1 biji telur
4 sudu besar water roux
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis
serbuk gula untuk salutan pada donut

Water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
   Cara  membuat water roux
 
  1. masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
 Cara-cara membuat funwari donuts
 
  1. Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
  2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
  4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu,  angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
  5. Jika mahu difrozenkan.
  6. - goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.

Homemade Satar..







Assalamualaikum wbt...satar ni mmg dah lama sgt Liza buat..utk pertama kalinya cuba buat sendiri dan alhamdulillah mmg sedap...cuma lain kali kena letak cili api tu lebih sikit, baru kick..







HOMEMADE SATAR

Bahan2:

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
6 biji cili api
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
Sedikit asam jawa

Daun kaduk
Daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili api dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula, asam jawa dan gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kon dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh/ lidi sate.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...