Thursday, December 28, 2017

Karaikudi Chicken Varuval...




Assalamualaikum wbt..dah lama bebenor gambar ni terperap dlm folder,hihhii
Bila dah namanya peminat makanan mamak / India ni, mmg selalu cari la menu2 yg menarik hati utk dicuba..alhamdulillah ayam karaikudi ni mmg sedap, bagi sesiapa yg menggemari makanan berempah2 cmni, blh la try buat resepi ni...sedap
Liza amik resepi dr SINI, tq very much 


KARAIKUDI CHICKEN VARUVAL


Ingredients:

Chicken- 1/2 kg
Onion-1 Chopped
Tomato-1 Chopped
Turmeric powder- 1/2 tsp
Chill powder- 1 1/2 tsp
Coriander powder- 1/2 tsp
Mustard seeds -1/2 tsp
Cumin – 1/2 tsp
Fennel seeds- 1/2 tsp
Oil - 2 tbsp
Salt- To taste

Roast and grind:

Red Chillies- 5
Coriander seeds-2 spoon
Ginger- 1 inch
Garlic- 6
Cinnamon- 2 inch
Cardamom- 2
Black Pepper- 1 tsp
Cloves- 2
Grated coconut- 2 tsp
Curry leaves- 2 sprig



Preparation :

  • Roast the red chillies, coriander seeds, ginger, garlic, cinnamon, cardamom, pepper, cloves, curry leaves and grated coconut in a pan with a little oil. Add water and grind to a fine paste.
  • Clean the chicken and add turmeric powder, chili powder and salt. Keep aside for thirty minutes.
  • Heat oil in a pan. Add mustard seeds to splutter. Add cumin seeds and fennel seeds. Let it fry for few seconds.

  • Add Onion. Fry till it becomes golden brown in color.
  • Add tomatoes and fry till it becomes soft and pulpy.
  • Add coriander powder and fry for 5 minutes.
  • Add the finely ground paste and fry for 3 minutes.
  • Then add the marinated chicken and some water.
  • Cover the pan with a lid and cook for about 20 minutes or till the chicken pieces are cooked.

  • Stir occasionally.
  • Garnish with curry leaves.


Friday, December 22, 2017

Mee Kari dan Homemade Mee Kuning...



Rasa bangga bila dapat buat mee kuning sendiri, rasa tak percaya pun ada jugak,hihii
Baru tau nak buat mee kuning ni takde la susah sgt..yang penting tahap kebersihan terjamin..tima kasih pada cikgu2 yg sudi jawab pertanyaan Liza ttg mee kuning ni..mereka adalah rakan2 IG yg selalu berkongsi resepi di IG..
Kali ni buat mee kari guna homemade mee, berdouble2 sedap..ihhii






HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari




Kailan Goreng Ikan Masin ala Thai..



Sayur yg wajib di langgan kalau ke kedai tomyam,sesekali buat la sendiri, kan...





RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI

Bhn2:

2 ikat sayur kailan - bersihkan dan potong kecil
2cm ikan masin tenggiri jeruk-  bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili api - tumbuk bg pecah je
2 s/b sos tiram
1 s/b nampla / sos ikan
Minyak bijan secukupnya

- panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga betul2 garing
- masukkan semua bawang dan cili api td, masak hingga bawang layu
- selepas itu masukkan sos tiram dan sos nampla, kacau sebati
- akhir sekali masukkan sayur kailan, sekiranya nampak kering, boleh tambah sedikit air
- goreng sehingga kailan layu
- sedia dihidang panas


* garam tak perlu sebab ikan masin dan sos nampla dah masin


Daging Masak Merah ala Thai..



Assalamualaikum wbt...daging masak merah ni dah jadi menu kegemaran family Liza..rasa yg sangat sedap dan bhn2 yg senang.tu yg Liza suka...hihihi

Masih setia dgn resepi dr Kak Azie, timakasih ye kak






RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
 
 
Bhn2:
 
 

1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah

2 ulas bawang putih - ketuk

1 labu bawang besar - hiris

1 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan thai

1/4 cawan sos tomato

Garam dan gula secukup rasa

Kacang panjang - jika suka

Daun sup/daun bawang 

1 biji cili capsicum

1 cili merah



Cara-cara:


Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di 

dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga 

kuning sedikit. Ketepikan.

Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling.

 Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan 

sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili 

merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. 

Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 
 
Nota:


Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.












Friday, December 15, 2017

Brownies Cookies....




Assalamualaikum wbt ...dah lama sebenarnya save resepi ni, tp smlm baru terbuka hati nak buat brownies cookies ni...ye la kan, tu pun kakak yg buat,hihii

Kali ni Liza cuba resepi dr rakan IG Che Ta yg diambil dr rakan lain katanya...terima kasih both of you, kukis ni mmg sedap, lepas sekeping, sekeping masuk mulut tanpa sedar,hihii bahaya

Cuma yg membezakan resepi ni sbb dlm resepi ni mmg tak guna baking powder ye, kalau resepi lain mmg ada..mula2 cuak juga bila tertengok semua resepi lain ada penggunaan baking powder..tapi Alhamdulillah tetap menjadi dan sedapppp sangat







RESEPI BROWNIES COOKIES

Bhn2:

120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing - Liza guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional






- dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( Liza restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara


* Liza buat 2 version,satu jenis chewy ( bakar 12 minit ) dan satu lg jenis crunchy ( bakar 15 minit )..
* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu






Monday, December 11, 2017

Muffin Pisang Double Coklat ...lembut dan sedappp


Liza mmg suka buat muffin, sbb senang..dah bnyk resepi muffin yg Liza pernah buat dan Alhamdulillah semuanya tak pernah menghampakan..
Resepi ni pun dah bnyak kali Liza buat, amik dr dapo Kak Hanieliza ( cari link xjumpa)...terima kasih bnyk2 ye kak, resepi yg senang dan penting sedap








RESEPI MUFFIN PISANG DOUBLE COKLAT
Bhn2 A:

2 cawan tpg gandum
2 s/mkn srbk koko
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
Garam

- semua bhn di atas diayak..

Bhn2 B:

1 cawan pisang emas - sudah dilecek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur - dipukul sedikit







- panaskan oven 180C.- masukkan semua bhn A ke dlm bhn B..
- gaul sebati, tp jgn lama sgt
- masukkan dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit..
- dah ready...senang kannn


Sosej n Scrambled Egg Sandwic...






Bila semuanya perlu diuruskan sendiri, kita akan mnjadi seorang yg kreatif..percaya lah
Ye la, takkan nk ulang mkn bnda yg sama je kan...bkn family je yg boring nnt, kita sebagai chef pun dah tentu2 lagi boring,ihhii

Satu lagi, kita kena tau, masakan ni meluas dan kreatif..campak je la apa yg kita rasa nak campak, dan at the ending yg campak2 tu la akan jadi resepi wowwww...tak caya cuba campak sekarang, kikiki






SOSEJ N SCRAMBLED EGG SANDWIC

Bhn2:

3 biji telur
2 batang sosej - potong halus
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedikit susu segar
Butter

- panaskan butter di dlm pan non stick
- kocok telur, campurkan susu segar, garam dan serbuk lada hitam
- masukkan sosej dan gaul sebati
- tuang adunan ke dlm pan td dan kacau2 manja
- bila telur dah masak, angkat dan boleh dihidang bersama sos dan roti kegemaran


* kali ni Liza guna roti ciabatta sourdough*


Bawal Masam Manis ala Thai...




Kadang2 tu idea datang secara tiba2...bila masak lauk cmni, rasanya dah tak payah lauk lain dah..cuma goreng sayur je ,hihii Nampak sgt pemalas kan..
Apa2 pun lauk ni mmg sedap ( sendiri masak sendiri puji)..tak caya , g try cepat..ikan apa2 pun blh guna, ikut selera masing2







RESEPI BAWAL MASAM MANIS ALA THAI

Bhn2:

3 keping ikan bawal - bersihkan dan tos
Sedikit garam
Kunyit serbuk
- gaul ikan bersama garam dan kunyit
- goreng hingga masak

3 s/b cili mesin
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Daun selasih
2 biji tomato - cincang halus
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
2 s/b sour plum
3 s/b sos ikan
Gula kabung Thai secukup rasa ( kalau xde guna gula biasa je )

- ambil sedikit minyak lebihan ikan td, panaskan
- bhn yg bertanda * dicincang halus
- masukkan bhn * td bersama cili mesin dan tumis hingga naik bau
- masukkan semua sos, daun selasih dan tomato cincang td, gaul sebati
- masukkan pula gula kabung dan seimbangkan rasa
- akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng td dan gaul sebati
- sesuaikan rasa dan boleh la diangkat


Kaswi Pandan Wangiii..


Assalamualaikum wbt...kuih ni Liza buat minggu lepas lepas tgk ramai rakan IG yg  buat...jadi kali ni Liza cuba resepi dr Kirah, juga rakan IG...terima kasih ye Kirah, senang dan sedap kuih ni






RESEPI KASWI PANDAN

Bhn2:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/4 cawan gula
1 cawan jus pandan - ( blend 1 cawan air bersama 8 helai daun pandan)
3 cawan air
1/4 s/k kapur

Bhn Gaul:

Kelapa parut putih
Sedikit garam


- panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada Loyang ( Liza alas dgn plastic)
- bancuh kapur dgn sedikit air ( dr 3 cawan air td), campurkan dgn semua bhn2 dan kacau sebati
- tapiskan ke dlm Loyang dan kukus selama 25-30 minit
- balut penutup kukusan dgn kain
- sejukkan dan potong
- gaul bersama kelapa parut yg telah digaul sedikit garam
- sedia dinikmati

* kelapa parut tu boleh dikukus sekejap utk bg tahan lama*


Thursday, December 7, 2017

Country Sourdough Bread...



Buat lagi roti ni, walaupun doh agak lembik dan susah handle, tapi lepas bake roti ni mmg lembut n sedap..
Kali ni Liza cicah dgn kari ayam..








COUNTRY SOURDOUGH BREAD ( HEALTHY SEED)


 
Bhn2:


A

150gm active starter
175gm air
200gm tepung roti
50gm tepung rye
1 s/k  garam
10gm madu / brown sugar

B:

1 s/b black sesame seed
1 s/b chia seed

2 s/b air

- campurkan air dgn black seed dan rehatkan selama 1/2 jam



Cara:


1. Gaulkan semua bhn KECUALI garam dan healthy seeds, gaul kasar dan tutup dgn tuala lembap..rehatkan ( autolyse ) selama 1/2 jam


2. Garam dan healthy seeds dicampur selepas adunan direhatkan ..gaul garam dan seeds dgn tangan hingga semuanya mesra


3. Strecth n fold setiap 30 minit dalam tempoh 2 jam - ( S&F )


4. Proofing yg pertama di suhu bilik hingga naik sekali ganda  -  ( Bulk Fermentation )


5. Keluarkan dr mangkuk dan tekan lembut, bentukkan bulat dan rehatkan sebentar dalam 20 minit di atas papan pencanai - ( Bench Rest )
6. Bentukkan semula doh mengikut bentuk yg disukai samada bulat atau lonjong - ( Final Shape )


7. Masukkan doh td dlm banetton basket dan tutup dgn plastic wrap, biar doh naik 2 kali ganda


8. Panaskan oven pada suhu 220C selama 30 minit, keluarkan doh dr banetton basket , buat torehan dgn pisau di atas doh


9. Bakar selama 20 minit pada suhu 220C dan turunkan suhu ke 200C dan bakar lagi selama 20 - 30  minit.



* Sekiranya menggunakan Dutch Oven, bakar pada suhu 220C selama 20  minit dgn penutup dan selepas itu buka penutup dan turunkan suhu kepada 200C dan bakar lagi selama 20 - 30 minit.




Kari Ayam Masala...




Suka sangat kalau dapat masak makanan ala2 mamak/India cmni,hihii..
Kali ni cuba resepi kari ayam masala pulak, yg paling best sbb tak gunakan serbuk kari langsung, kalau kebetulan terputus stok serbuk kari boleh la cuba buat resepi ni,mmg berbaloi2

Kari ni lg sedap kalau makan keesokan harinya, maknanya masak mlm ni dan makan esok, perghhhh pekat memikat
Resepi ni Liza amik kat dapo Murni, tima kasih bnyk2 ye Murni, sedap kari ni







RESEPI KARI AYAM MASALA


Bahan2:


12 Ketul ayam (dibersihkan dan dibilas dengan air-option kalau nak buang kulitnya)
1 Biji Bawang besar (dikisar)
2 Biji bawang kecil (dihiris)
4 Ulas bawang putih (dicincang)
2 Inci Halia (dikisar)
5 Biji Cili hijau (dikisar)
2 sk Jintan manis
2 sk Jintan putih
1 batang Kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 Biji Tomato (dipotong dadu)
4 Biji Kentang (dipotong empat)
3 sb pes Cili kering
2sk Serbuk kunyit
3 sb rempah Garam Masala
Sedikit air asam jawa (optional)
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis



Caranya:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis.Masukkan Bawang kecil + Jintan manis + Jintan putih + Kulit kayu manis + Buah pelaga + Bunga lawang.Tumis hingga naik bau,masukkan sedikit garam.

2. Kemudian masukkan Pes bawang putih + Cili hijau yang dikisar + Pes halia + Serbuk kunyit + Pes cili kering masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan Tomato yang dipotong dadu.Gaul rata dan tutupkan periuk.Biarkan selama 3-5 minit dengan api sederhana hingga tomato layu.

4. Masukkan ayam dan kentang.Gaulkan dengan bahan-bahan hingga sebati.Tutupkn periuk,masak selama 10 minit.

5. Buka penutup periuk dan masukkan air secukupnya (paras permukaan bahan- bahan yang dimasak)

6. Masukkan sedikit air asam jawa jika suka.Masukkan garam dan gula secukup rasa.

7. Tutup periuk dan biarkan masa selama 5-10 minit.

8. Masukkan rempah masala dan gaulkan sebati.Tutupkan periuk dan masak lago 3-5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih,tosei,roti @ capati.





Cinnamon Roll Bun..



Kali ni cuba resepi dr Ina, rakan IG yg memang terer buat roti..tq Ina, roti ni mmg lembut dan gebusss..cuma Ina buat garlic bun dan liza buat cinnamon roll bun







CINNAMON ROLL BUN


Bhn2 Tangzhong:

25gm tepung roti
125ml air

- bhn diatas disatukan kemudian dimasak hingga likat dgn api yg kecil
- selalu kacau agar tidak berketul, biarkan sejuk
- simpan dlm bekas bertutup atau terus digunakan


Bhn Doh:


325gm tpg roti
100gm tpg gandum
50gm gula
20gm susu tepung
2 1/2 s/kecil yis
1 s/k garam
75gm unsalted butter
100gm air suam
2 biji telur - kocok sikit


Bhn Sapuan:

1 biji kuning telur + 1 s/b susu cair - campur dan gaul sebati

Bhn Cinnamon:

3 s/b serbuk cinnamon
3 s/b gula perang
2 s/b mentega - cairkan
- campurkan serbuk cinnamon dan gula perang









- campur tangzhong dan semua bhn KECUALI garam, air dan butter di dlm BM
- tuang air sedikit2 ikut kesesuaian tepung, jika dah dapat doh yg kasar, berhenti letak air
- masukkan pula butter dan garam dan biar proses dlm BM hingga selesai
- keluarkan doh dan tutup dgn tuala lembap . rehatkan hingga naik 2 kali ganda
- tumbuk doh utk buang angin, kemudian gelek doh menjadi segiempat sama
- sapu butter cair dan campuran cinnamon td di sekeliling doh
- gulung doh dgn kemas dan potong doh kepada beberapa keeping menggunakan pisau yg tajam
- susun doh di atas dulang yg telah dilengser butter
- rehatkan doh sekali lg hingga naik 2 kali ganda
- sapukan egg wash dan bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit
- keluarkan dan sejukkan roti di atas rak





Hoimemade Yong Tau Foo....




Assalamualaikum wbt...bersua lagi kita di dapo maya ni..Dah lama sangat tak buat ytf ni sampai lah abang request baru2 ni..
Resepi masih menggunakan resepi yg Liza ambil dr majalah Rasa 2005 sbb menepati selera kami
Jom tgk resepi kat bawah..







RESEPI SOS MANIS YONG TAU FOO

Bhn2:

200gm taucu hitam yg siap dikisar
1 cawan air
1/2 cwn kicap pekat
1 s/ mkn minyak masak
1/2 s/mkan tpg jagung - bancuh dgn sdkt air
Gula secukup rasa

- panaskan minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- masukkan air, kacau skjp dan biar mendidih.
- masukkan kicap dan kacau lg.
- masukkan gula secukup rasa.
- akhir sekali pekatkan sos dgn tpg jagung td..

RESEPI SOS PEDAS YONG TAU FOO

Bhn2:

20 biji cili merah - kisar
1 cawan air
2 s/mkn bijan ( optional)
2 s/mkn kacang tanah - grg dan tumbuk (optional)
1 s/mkn tpg jagung - dicampur dgn sdkt air
Garam dan gula secukup rasa
Cuka secukupnya

- masukkan air dan biar mendidih.
- masukkan cili dan biarkan mendidih dan cili masak
- masukkan cuka secukup rasa.
- masukkan juga garam dan gula dan kacau lg.
- masukkan pula air tpg jagung utk pekatkan kuah.
- akhir sekali taburkan bijan dan kcg tanah hancur di dlm sos.


Wednesday, November 29, 2017

Kroket Ketam..



Buat lagi kroket ni guna ketam fillet dan tak menggunakan tepung langsung, Alhamdulillah mmg sedap..
Hari tu rasanya macam buat bnyk dan niat nk frozenkan tapi bila tgk laju je semua mkn, maka terpaksalah grg semua sekali,hihihi

Gambar lepas grg pun tak sempat snap sbb lupa..dan kali ni Liza guna breadcrumbs yg kaler kuning oren ni, cantik pulak bila tgk..
Resepi kali ni Liza amik dr dapo Hana, thnx ye Hana...sedapppp






RESEPI KROKET KETAM

Bhn2:
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
  • ketam fillet / lauk pilihan - potong kecil

Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( Liza xguna )

Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Jus Mangga Bermadu..





RESEPI JUS MANGGA BERMADU

Bhn2:

Mangga
Madu
Air sejuk peti
Chia seed

- blend semua bhn KECUALI chia seed
- tuangkan ke dlm gelas dan tabur chia seed
- sedia diminum


Semua bhn kat atas tu agak2 selera ye, Liza gunakan air sejuk peti sbb tak nak letak ais



Kek Batik versi Lembut Lagiii...




Kali ni kakak nk try buat sendiri kek batik ni sbb dia nk makan,ihhii
So, Liza Tanya dia nk yg versi rangup atau lembut..dia cakap nk yg versi lembut macam umi buat ari tu
Jadi Liza pun suruh dia buat macam resepi kat SINI, cuma Liza kurangkan sikit telur tu ..
Puashati kkk dapat buat sendiri kek batik ni utk pestime, mmg dia mkn berulang2 dan dia paling happy bila semua org puji sedap..










RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE VERSI LEMBUT
Bhn2:

Biskut marie secukupnya -  guna 27 keping
4 biji telur A/B - guna 3 biji A ( kali ni guna 2 biji je )
4 s/b serbuk koko *
4 s/b milo *
3/4 cawan gula *
3/4 cawan susu pekat *
125 gm buttercup *
1 s/the esen vanilla *
1 sachet nescafe 3in1 - Liza tambah

- campur semua bhn bertanda *, kemudian masak menggunakan api perlahan sehingga semua larut.
- sambil terus dikacau, masukkan telur dan masak sehingga adunan pekat dan meletop2, matikan apiu.
- susun biskut marie didalam Loyang yg telah dialas plastic, kemudian tuang adunan coklat dan ratakan.
- teruskan proses melapis , tekan sedikit2 kek supaya padat.
- sejukkan dalam fridge 4 jam atau semalaman
- pastikan kek betul2 keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Ambon..


Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya tak buat ambon atau apam klate ni, dah banyak sgt list menu yg nk try kan,hihii
Nak buat ambon ni bknnya susah pun, cuma kena faham teknik yg betul..cuma kena pukul telur tu sampai kembang macam kita nak buat bahulu, kalau tak mmg la apam ni akan jadi bantat
Tak perlu nk letak baking powder atau ovalette , sbb apam ni mmg dah lembut sgt
Resepi ni dr arwah ma dan mmg Liza selalu guna, gunalah cawan atau mangkuk apa pun, jnji semua bhn disukat menggunakan cawan atau mangkuk yg sama, faham kan...









RESEPI AMBON

Bhn2:


1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur

- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...


Monday, November 20, 2017

Spaghetti Bolognese My Style...



Dah banyak kali Liza masak spaghetti Bolognese ni, tapi hari ni baru perasan sekali pun Liza tak pernah share resepi kat sini,ihhii
Resepi ni Liza olah ikut tekak kami sekeluarga, yg sukakan rasa sedikit pedas pada sos spaghetti ni, Alhamdulillah rasa yg menepati selera kami 








RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE MY STYLE


Bhn2:

400gm dgg / ayam kisar - satu pek
Sosej secukupnya - potong kecil
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
2 biji tomato - potong kecil
5 s/b cili mesin - blh letak lebih
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam
Daun bay
Daun basil
Minyak utk menumis
Daun parsley - utk hiasan

- kisar bawang putih, bawang besar dan tomato
- panaskan minyak dan masukkan bhn kisar td, biar hingga sedikit garing dan naik bau
- masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga naik bau
- masukkan dgg kisar dan sedikit air
- bila daging dah bertukar warna, masukkan sosej serta semua bhn lain
- masa ni kuah agak pekat, jadi masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan gaul sebati, terpulang nk letak bnyk mana tapi jgn la bnyk sgt pulak ( letak sikit2 dulu )
- bila rasa dh sesuai dgn selera, matikan api
- boleh lah dihidang dgn spaghetti dan tabor daun parsley
- yummy





French Toast Nutella n Banana...





Menu breakfast yg sentiasa jadi fav anak2...roti ni Liza guna roti sourdough ni, sedapppp

Rasanya semua orang tau nk buat French toast ni kan

FRENCH TOAST NUTELLA N BANANA ( 2 SET )

4 keping roti sandwich
Nutella secukupnya
Pisang - potong kecil
Sebiji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 s/b gula
Cinnamon powder - optional
Sedikit butter

- sapu nutella pada setiap keping roti
- susun pisang diatasnya dan tutup dgn sekeping lagi
- pecahkan telur ke dlm mangkuk dan whisk kjp, campur dgn susu segar , cinnamon powder dan gula..kacau sebati
- mabil pan dan masukkan butter, biar hingga butter cair
- celup roti td ke dlm adunan telur dan letak di atas butter yg telah cair tadi, guna api sederhana shj
- masak hingga kedua2 belah roti menjadi kekuningan
- angkat dan boleh hiaskan dgn snow powder sblm dihidangkan

* Boleh guna apa saja bhn dan filling yg kita suka *



Sourdough Milky Wholemeal Loaf...



Hari tu buat lagi milky loaf ni guna natural yeast / sourdough..tapi kali ni Liza tambah dgn tepung wholemeal sikit,..roti ni mmg lembut dan sedap, bagi kawan2 yg takde sourdough blh juga guna yis







SOURDOUGH MILK LOAF

 
Bhn2:

 
350gm tepung roti

30gm gula

7gm garam

150gm sourdough starter active

70ml fresh cream

85ml susu segar

70ml air

30gm butter

 

- campurkan semua bhn dan uli dgn BM atau mixer hingga elastic

- doh ni mmg lembik sikit ye

- first proofing ambil masa 31/2 jam

- bench rest 30 minit

- second proofing 2 jam

- bakar 190C selama 40 minit atau sehingga roti keperangan

 

* kalau xde starter boleh guna 2sk yis kering, bhn lain semua sama je *





 
 
 
Gara2 cuaca yg sejuk , kali ni proofing mmg mengambil masa yg agak lama, bermula dr 10.30 pagi dan siap bakar pukul 9 malam...nasib baik roti tetap maintain sedap dan tak masam..