Thursday, April 28, 2016

Bingka Keledek Oren + Chia Seed...


Kuih ni Liza pernah buat kat SINI tapi kali ni Liza buat versi comel,bukannya apa terkejar2 takut kakak tak sempat bawak bekal g sekolah nnt..at least bila buat dlm bekas kecik cmni, cepat la sikit masa masak tu..
Dan kali ni Liza taburkan chia seed  kat atas tu ganti bijan, sedap..







Terima kasih Kak Yati atas perkongsian resepi kuih yg sedap n sng ni..

RESEPI KUIH BINGKA KELEDEK
Bhn2:


  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan - Liza guna susu segar
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren

    CARA-CARA
    1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
    2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
    3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 

    Ni tips dr kak Yati ye...

    **Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih.
  • Liza buat dlm acuan muffin tu dapat dlm 12 biji kuih..






     

    Nasi Ayam Penyet Paling Sedap....



    Kali ni Liza cuba resepi nasi ayam penyet dr Amie pulak...Alhamdulillah mmg tak sia2 mencuba, sedap..tq Amie...jom tgk resepi ye



    RESEPI NASI AYAM PENYET PALING SEDAP

    Bhn2:

    Ayam Penyet
    Bahan:
     
    3 keping daging ayam bahagian peha
    4 cawan air kelapa
    garam / gula / perasa pilihan

    Bahan kisar:
    3 ulas bawang putih
    5 biji bawang merah
    1 sudu teh jintan putih
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu makan ketumbar biji
    1 batang serai
    2cm lengkuas
    2cm halia
    2cm kunyit hidup

    Cara:
    1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
    2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
    3. Toskan daging ayam.
    4. Tekan / penyetkan daging ayam - Amie gunakan permukaan parang belitung sehingga tulang ayam kedengaran patah.
    5. Panggang daging ayam sehingga masak.
     

     
     
     


    Sambal Ulek
    Bahan:
    1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
    3cm belacan
    7 biji bawang merah - hiris kasar
    2 biji tomato - belah 8
    minyak
    garam / gula / perasa pilihan

    Cara:
    1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
    2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan.
    3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.







    Tauhu & Tempe Bacem - Liza skip
    Bahan:
    potongan / kepingan tempe secukupnya - 2 batang - dipotong 7 setiap satu batang
    potongan / kepingan tauhu secukupnya - 4 keping dibelah 2
    air kelapa - agak-agak atas paras tauhu dan tempe
    minyak

    Bahan kisar:
    1 sudu makan ketumbar biji - disangai terlebih dahulu
    gula merah atau gula batu   -  sebesar 2 ibu jari
    3 ulas bawang putih
    5 biji bawang merah
    garam / gula / perasa pilihan

    Cara: Amie rebus berasingan
    1. Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan dalam periuk.
    2. Tambahkan air kelapa secukupnya ke dalam periuk.
    3. Masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk masing-masing.
    4. Masak sehingga kuah mengering.
    5. Panaskan minyak dan goreng bahan tadi hingga masak.

    Nota: Sesungguhnya ini merupakan kali kedua Amie makan Tempe & Tauhu Bacem setelah hampir 3 tahun mencari resepi ini! Kali pertama Amie makan Tempe Bacem... di Bandung!
    Komen : Enaknya Tempe Bacem sungguh tak terkata! Bayangkan setelah direbus dengan pelbagai bahan, digoreng pula!

    Mango Float....



    Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa pada rakan2 yg berpuasa sunat ari ni...
    Orang lain dah lama buat mango float ni tapi Liza ni baru terbuka hati nk menerai ...mmg sedap sgt rupanya ye, patut la ramai yg tergila2kan dessert ni...kali ni Liza terberkenan dgn resepi dr fb Noor sbb resepi dia gunakan yogurt bkn cream cheese...tq ye Noor, sedapppp









    RESEPI MANGO FLOAT

    Bhn2:

    Bahan Krim

    200ml fresh cream
    200ml plain yogurt - Liza guna 250 ml 100ml susu pekat manis (sy buat 50g je sbb x suka manis sgt)
    50ml susu cair (sy buat 25ml je)
    - pukul fresh cream hingga kental
    - masuk plain yogurt + susu pekat manis + susu cair ..pukul sebati

     
    Bahan Filling:

    2 biji mangga (sedap yg masam manis) dipotong dadu
    biskut marrie secukupnya (dihancur sebagai base)

     
    Bahan Topping: Liza skip

    1/2 cawan mangga filling
    1/2 biji isi mangga
    1/2 cawan air masak
    - satukan semua dan diblender halus
    - masak dalam periuk dgn api perlahan hingga didih..sentiasa kacau supaya x hangus..sejukkan

     
    Cara Melapis

    - masukkan sedikit biskut marrie dalam bekas
    - lapiskan dengan krim
    - kemudian tabur mangga dadu
    - lapiskan semula dengan krim
    - tabur lagi mangga dadu
    - kemudian picitkan topping hingga nenutupi mangga dadu tadi..
    - sejukkan





    Wednesday, April 27, 2016

    Nasi Ganja katanya....



    Oppsss, nama je ye, takde pun bhn terlarang dlm nasi ni...Liza pun tak tau knp nama ni,mungkin sbb bila makan nasi yg sdp ni jadi ketagih nak lagi kot...tapi nasi ni mmg sedap, nak buat pun sng

    Liza buat ari tu utk mkn dgn kari ayam ni n kobis grg, mmg sesuai sgt la rasa kt tekak ni, komen dr anak2 nasi ni pun dh sedap..Alhamdulillah

    Resepi ni Liza dapat dr SINI, perkongsian resepi dr Ida Shahida...terima kasih buat keduanya









    RESEPI NASI GANJA

    Bhn2:

    4 cawan beras - seeloknya Basmathi
    6 cawan air
    4 ulas bawang putih *
    8 ulas bawang merah *
    1 btg kulit kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    5 biji buah pelaga
    3 kuntum bunga cengkih
    1 bungkus kecil rempah sup serbuk Adabi
    6-8 titis pewarna kuning telur
    1/4 cawan minyak masak + minyak sapi
    6 s/b sos cili
    Garam dan perasa







    - mesin  bhn bertanda *
    - panaskan kedua2 minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bawang hingga wangi..
    - masukkan air secukupnya, bila dah mendidih masukkan beras dan pewarna kuning..
    - masukkan juga sos cili dan kacau sikit bagi sebati..
    - akhir masukkan garam dan gula serta serbuk perasa ..
    - masak lah seperti biasa..


    Sandwic Sardin Evergreen...




    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...ni la sandwich yg paling sedap n paling senang nk buat kan...hihii

    Dari zaman sekolah dulu lg, arwah ma selalu buat sandwich ni, ye la zaman dulu2 mana ada sandwich tuna or sandwich lain2 kan...tapi sekarang dh macam2 versi sandwich yg ada, guna je apa yg ada kat dapo tu, jnji blh mkn...hihihi





    RESEPI SANDWIC SARDIN EVERGREEN

    Bhn2:SANDWIC SARDIN
    Bhn2 sardin:

    1 tin kecik sardin
    3 ulas bwg merah*
    1 ulas bwg pth*
    2 s/b cili mesin @ lebih - terpulang
    2 s/b air asam jawa
    Garam dan serbuk perasa
    Sdkt minyak utk menumis

    - tumbuk bhn bertanda *
    - panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk td dan cili mesin.
    - bila dh garing,masukkan air asam jawa
    - biar hingga agak kering dan masukkan sardin bersama sosnya sekali.
    - masukkan juga garam dan serbuk perasa seukupnya.
    - angkat dan ketepikan..

    Bhn2 sampingan :

    Roti secukupnya - potong kulit tepi
    Timun - potong dadu
    Bwg besar - potong dadu
    Lada merah - potong dadu ( optional )
    Limau kasturi / nipis ( optional ) -perah sdkt dan ambil airnya.( sikit jer )
    Mentega / marjerin - sapu pada roti.

    Cara buat sandwic:
    - lenyek ikan sardin dan masukkan bhn2 yg dipotong td.
    - gaul sebati dan masukkan air limau dan gaul lg.
    - ambil sekeping roti yg telah disapu mentega/ marjerin dan letakkan sardin di atasnya dan ambil sekeping lg roti dan letak di atasnya.
    - dah pun siap utk dimamam...senangkan...





    Tuesday, April 26, 2016

    Kari Ayam Nasi Kandar Powerrr..


    Assalamualaikum wbt..ni menu yg Liza buat 2 minggu lepas ye..pestime cuba buat resepi ni, mmg tak rugi..
    Sangat2 sedap n menepati selera kami sekeluarga..Resepi ni Liza amik dr dapur mamak haji yg selalu share resepi2 yg marbeles,tq ayahanda..
    Liza buat ari tu utk mkn dgn nasi ganja, resepi nasi tu nnt senang2 Liza masukkan ye..








    RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR POWER

    Bhn2:



  • 1  Ekor Ayam - di potong 12 ketulan dan dibersihkan.
  • 2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk tumis).
  • 2 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 2 Biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
  • 2  biji cili hijau dibelah dua.
  • 2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
  • 125ml ( 1/2 cawan) santan pekat tak di mestikan.- guna yogurt
  • 3-4 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong dua.
  • 1 1/2 liter air atau kepekatan yang diperlukan.
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup di rasa.

  • Rempah-ratus yang diperlukan:
    • 1/2 paket  (125gm) Serbuk kari daging.
    • 2 keping kayu manis 2 inci.
    • 3 kuntum bunga lawang,
    • 5 biji buah pelaga.
    • 5 kuntum bunga cengkih.
    • 1  sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
    • 1 sudu besar serbuk cili.
    • 1 sudu besar serbuk jintan putih.
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu kecil garam masala.









    Cara Penyediaan:


    1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan (dipotong 4″- 3 helai), perlahankan api dapur.
    2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh  disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes). Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah  disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Proses semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan. Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan daun kari di ikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
    3. Masuk segera air 1 1/2 liter dan diikuti ubi kentang dan tomato. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna.  Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air  dibawah.
    4. Masukan santan, tomato, cili hijau,cili merah dan garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api  dapur dan teredia lah kari untuk hidangkan. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.







    Nota:

    Kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki ayam dan leher  dalam masakan kari.


    Cekodok / Jeput Pisang Gebu....




    Ni pulak menu yg hubby n anak2 paling suka,kalau dapat mkn ari2 pun tak pe...diaorang cakap cekodok pisang umi buat sedap n lem but...kalau org lain buat, tak sedap, keras...huhuu sabo je la
    Macam mana nk jadi lembut, jom tgk resepi kat bawah ye...








    RESEPI CEKODOK / JEPUT PISANGBhn2:

    10 biji pisang emas - lenyek halus
    1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
    1 cwn tepung @ lebih
    1 s/t baking powder

    Minyak utk menggoreng

    - satukan pisang dan gula.
    - masukkan baking powder, tepung sedikit2, adunan jgn terlampau keras, agak2  xcair dan xkeras sgt.
    - perapkan selama 30 minit....tp biasa Liza buat adunan ni lepas lunch dan grg petang nnt....agak2 dlm 3 jam jugak la....
    - panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
    - guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
    - bila dah keperangan blh la diangkat...






    Bihun Goreng Putih / Singapore...



    Assalamualaikum wbt...ni salah satu peberet Liza, mihun grg putih atau ada orang panggil mihun grg Singapore..mmg kena dgn selera Liza, nak2 pulak tambah ciliapi, perghhh mmg power la..
    Tapi versi kali ni Liza tak letak ciliapi sbb anak2 nk makan..







    RESEPI BIHUN PUTIH GORENG CILIAPI
    Bhn2:

    600 gm bihun - direndamkan sehingga lembut dan toskan
    200 gm isi ayam -  potong kecil
    200 gm kobis - racikkan
    1 batang lobak merah - hiris halus
    3 keping tahu - goreng dan potong kecil
    ½ cawan air
    3 sudu besar minyak
    garam, perasa
    20 tangkai ciliapi - tumbuk kasar ( xletak)
    2 ulas bawang merah - tumbuk halus
    3 ulas bawang putih - tumbuk halus
    1 sudu besar udang kering - tumbuk halus
    1s/k lada hitam - tumbuk halus

    -  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
    -  Masukan ayam, kacau rata.
    - Bila ayam masak masukkan garam, serbuk perasa dan air. Kacau rata.
    - Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
    - Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut, masukkan tauhu grg dan gaul sebati.





    Monday, April 25, 2016

    Kek Mentega...




    Kadang2 tekak teringin nk mkn kek versi org lama cmni, dan Liza mmg selalu buat guna resepi ni, sgt moist n milky...tq pada empunya resepi ye





    RESEPI KEK MENTEGA
    Bhn2:


    250g pure butter (aku guna jenama SCS) - Liza pun guna SCS
    250g tepung naik sendiri
    200g gula kastor(boleh kurang kan lagi kalau tak suka manis)
    4 biji telur
    1/2 cawan susu segar


    Cara2:

    *sebelum buat kek..pastikan oven dipanaskan dulu 20 atau 30 min sebelum buat kek.

    1.pukul butter+gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
    2. pastu tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
    3. pastu masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
    4. masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit.

     

    **note: butter cake ni lagi sedap kalau simpan dlm peti sejuk semalaman..rasa butter die lagi sebati.macam ada rasa cheese cake pon ade.






    Kalau nk tgk versi marble blh klik SINI ye..


    Simple n Easy Quiche...




    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..selamat berpuasa pada rakan2 yg berpuasa sunat ari ni ye,semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt...Aamiin

    Menu ni Liza buat minggu lepas, dah tak tau nak masak apa,ni lah jadi dia..janji kenyang,kan
    Bekas kecik tu utk angah, antar utk angah lunch kat sekolah..







    Menu ni Liza dapat idea lps tgk Channel 727 ,mmg best sbb mmg simple sgt..tapi yg ni Liza buat versi Liza ye, campak je apa yg ada kat dapur..



    RESEPI SIMPLE N EASY QUICHE

    Bhn2:

    8 keping roti - potong kecil ( dadu )
    200gm daging cincang
    3 btg sosej - potong kecil
    1 biji bawang besar - dadu
    1 s/t serbuk lada hitam
    Garam secukup rasa
    6 biji telur
    300 ml susu segar
    Sedikit mix herb / seasoning
    Cheese secukupnya









    - panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar hingga layu..
    - masukkan dgg kisar dan sosej, grg lagi dgn api perlahan..
    - bila dah kekuningan, tutup api dan sejukkan..
    - dlm mangkuk yg lain, pukul telur dan masukkan susu segar..
    - masukkan juga garam, serbuk lada hitam, sedikit cheese, seasoning atau apa saja perisa yg ingin kita masukkan..
    - masukkan juga bhn yg kita grg td dan roti dadu,gaulkn sedikit agar semua rasa sebati..
    - masukkan kedlm loyang yg telah dilengser mentega dan biarkan dlm 30 minit , ni utk bg roti tu lembap n meresap segala rasa..tabor cheese dan mix herb di atasnya..
    - panaskan oven 180C dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak..


    * kalau nak buat malam pun boleh, tutup loyang dgn aluminium foil dan letakkan dalam petiais.. pg esok baru kita bako

    Thursday, April 21, 2016

    Crispy Cheezy Sandwic....








    Sandwic yg acapkali jugak Liza buat sbb bhn2 mmg selalu ada kt umah...bagi Liza sandwich ni mmg sdp sbb roti tu kita sapu ngn garlic butter spread,sbb tu roti tu rangup..

    RESEPI CRISPY CHEEZY SANDWIC

    Bhn2:

    Roti gardenia secukupnya - nak guna brand apa pun xkisah
    Beberapa keping keju cheddar
    Beberapa keping chicken meatloaf
    Parutan keju cheddar secukupnya
    Parutan keju mozzarella secukupnya
    Sos bechamel / sos keju /sos putih - optional
    Garlic butter

    - sapu garlic butter pada setiap keping roti ( sebelah shj) dan tabur parutan keju cheddar diatasnya..
    - panggang sekejap bhgn yg disapu butter td hingga kekuningan, angkat..
    - letak sekeping chicken meatlof, sekeping keju cheddar, parutan mozzarella dan sos bechamel diatasnya dan tutup dgn sekeping roti lg..
    - bakar didlm oven 170C selama lebih kurang 7-8 minit atau sehingga keju cair..
    - sedia dihidang panas...


    Sos Bechamel / Sos Putih / Sos Keju

    Bhn2:
    2 sudu besar mentega
    4 sudu besar tepung gandum
    115g Cheddar cheese
    1-2 cawan susu segar
    Sedikit garam

    Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
    Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
    Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
    Kemudian padamkan api.


    Wednesday, April 20, 2016

    Blueberry N Custard Bun...




    Ni Liza gunakan frozen dough resepi dr bundo ari tu ye..cuma pelbagaikan filling dan gaya...





    RESEPI BLUEBERRY N CUSTARD BUN
    Bhn2:
    Bahan A
    600 gm tepung HP
    100 gm gula halus
    20 gm susu tepung
    6 gm garam
    6 gm bread improver
    11 gm yeast (1 peket mauripan)

    Bahan B
    285 gm air
    1 biji telur
    1 sudu kecil butter vanila

    Bahan C
    60 gm butter

    Hiasan - skip
    Hotdog
    mix vege
    mayonis
    cili sos

    Liza tambah:
    Filling blueberry
    Cream custard ( instant custard + air)









    Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

    Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

    Kalau malas nak bentuk apa-apa, letak je dalam bekas ni. Dalam dough itu telah letak hotdog seketul.






    Cucur Susu Lemak Manis...



    Buat lagi cucur susu ni utk kali yg keberapa pun liza dah lupa...anak2 mmg suka sgt cucur ni..tq kak Fida atas resepi marbeles ni..








    RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

    Bhn2:


  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • garam secukup rasa

    Cara-cara                        

    1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.                
                             
    2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
    3. Angkat cucur dan hidangkan


  • Urap Kacang Botor...



    Assalamualaikum wbt...ari ni nk share menu kerabu atau urap kacang botor..resepi ni Liza amik dr dapur K.Liza,mmg sdp dan yg penting senang nak buat,hihihi








    RESEPI URAP KACANG BOTOR

    Bhn2:


    20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
    1 cawan kobis [hiriskan] - xde
    1 cawan kelapa parut
    1 labu bawang besar [hiriskan]
    5 biji limau kasturi [ambil jus]
    garam
    gula

    Bahan Mesin
    5 tangkai cili merah
    3 ulas bawang merah
    1 s/b udang kering

    Cara.
    1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
    2. Tutup api.
    3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
    4. Hidangkan.

    Tuesday, April 19, 2016

    Sandwic Telur..



    Menu breakfast yg kerap jugak Liza buat utk anak2...





    RESEPI SANDWIC TELUR

    Bhn2:

    Telur  2 biji - direbus hingga masak
    Sdkt serbuk lada sulah
    3 s/b mayonis / lebih
    Roti secukupnya

    - lenyek telur hingga hancur.
    - masukkan srbk lada sulah dan mayonis
    - gaul sebati dan sapu atas roti.
    - potong kulit roti dan sedia dihidang..





    Kek Pisang Lembut...




    Menu yg dah lama Liza buat,sesi menghabiskan stok pisang dlm freezer..
    Kek ni mmg lembut n sedap...jom tgk resepi kat bawah ye







    RESEPI KEK PISANG LEMBUT

    Bhn2:

    500gm pisang mas lenyek
    500gm tpg gandum*
    12gm soda bikabonat*
    15gm baking powder *
    360gm gula halus
    100gm air
    10bji tlr A
    1/4 garam
    25gm overlet
    150gm myk masak




     -putar semua bhn2 d atas kecuali MINYAK kelajuan max selama 10min atau sehingga gebu/pekat/likat..last baru masuk kan myk kaup shj.
    Bakar suhu 170 selama 50min atau smpai masak.








    Sambal Hitam Tomato ...Pembuka Selera








    Assalamualaikum wbt...dah lama nk try resepi sambal tomato ni, tapi baru hari ni kesampaian...Alhamdulillah mmg sedap seperti yg diperkatakan,tak sabar nk  makan nasi nnt,hihihi
    Terima kasih pada sahabat yg jauh di Penang nun  Lina sbb menghebahkan kesedapan sambal ni,hihii
    Resepi kat bawah ni pun Liza CnP je ye fren,tq







    RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO

    Bhn2:


    5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu)
    1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
    1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2)
    2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
    4 labu bawang besar (dadu kasar)
    Garam dan gula/perasa
    Minyak


    Cara-Cara:


    1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
    2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
    3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
    4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
    5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
    6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
    7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
    8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
    9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
     
     






    Wednesday, April 13, 2016

    Loaf Chocolate...









    Ni resepi roti yg sama Liza buat kat SINI, Liza lebihkan adunan dan masukkan dalam loyang loaf...maka jadi lah roti loaf coklat,enak dimakan begitu saja....hihihi

    Sebenarnya buat roti macam satu penyakit tau, bila buat roti menjadi dgn jayanya, mulalah ari2 nak meroti..satu ketagihan yg tak boleh dibendung,hihihi








    RESEPI TAIWANESE BREAD

    Bhn2:


    500gm tpg roti
    8 gm yis...

    8 gm garam
    2 gm bread improver
    75gm gula caster
    30 gm susu tpg
    2 biji kuning telur
    60gm butter
    225 gm air ais / susu segar
    75 gm whipping cream

    1 s/b serbuk koko
    1 s/t choc emulco


    - masukkan semua bhn basah dalm BM dan diikuti dgn bhn kering...set no 8 dan biar la BM tu buat keje dia ye..
    - bila dah cukup amsa, keluarkan dan bentukkan ikut suka..
    - jenis roti boleh dipelbagaikan ikut kehendak masing2..
    - resepi ni mmg lembut yg amat walaupun dah berhari2...



    Roti Jala Lembut dan Kerutuk Daging....



    Menu yg dah lama Liza buat tapi baru sempat nk masuk dlm blog,hihii
    Kadang2 tu bila dah tak tau nak masak apa utk lunch, ni lah jadi dia..tak pe la kan, jnji ank2 suka..ibu setuju je,hihihi







    RESEPI ROTI JALA YG LEMBUT DAN SEDAP

    Bhn2:

    ( 48 - 50 keping )

    500 g tepung gandum
    1 camt garam
    1 camt pewarna kuning
    500 ml susu segar
    3 biji telur
    550 ml air - sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
    2 camb minyak



    Cara :

    Blend semua bahan2 hingga sebati. Tuang kedalam mangkuk besar. Biarkan adunan selama 10 - 50 minit.
    Panaskan kuali leper ( non stick pan ) yang tidak melekat atas api sederhana. Kacau cedok adunan guna acuan roti jala dan bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali.
    Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
    Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
    Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.









    RESEPI KERUTUK DAGING
    Bhn2:

    1 kilo daging - rebus hingga empuk bersama sdkt garam
    6 ulas bwg merah*
    2 ulas bwg pth*
    1/2 inci lengkuas*
    2 btg serai*
    1 inci halia*
    1/2 inci kunyit hidup*
    1 paket kecil rempah kerutup (Liza guna adabi)
    2 s/b rempah kari dgg
    2-3 s/b cili mesin
    1/2 cawan kerisik
    1 keping gula merah (nise)
    Garam, gula secukup rasa
    1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
    4 biji ubi kentang (Liza tambah) - belah 4
    Air asam jawa
    4 sekawan
    Daun pandan
    Minyak

    - bhn2 brtanda * dimesin halus
    - panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)
    - bila dah naik bau, masukkan 4 sekawan dan bhn2 yg dimesin.
    - masukkan pula rempah2 yg tlh dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa
    - biar sehingga naik minyak br masukkan dgg,kentang dan santan
    - bila dah mendidih, masukkan pula gula melaka dan garam serta perasa (optional)
    - biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik
    - sedia dihidang dan boleh la dimamam....







    Bun Kaya..





    Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua sahabat yg Liza sayangi..roti ni Liza buat ptg smlm, boleh la breakfast pg td kan.
    Resepi kali ni Liza gunakan resepi dr dapur ibundo, mmg sedap n lembut roti ni..

    Terima kasih ibundo,izinkan Liza share kat sini pulak ye..







    RESEPI BUN KAYA

    Bhn2:

    Bahan A
    600 gm tepung HP
    100 gm gula halus
    20 gm susu tepung
    6 gm garam
    6 gm bread improver
    11 gm yeast (1 peket mauripan)

    Bahan B
    285 gm air
    1 biji telur
    1 sudu kecil butter vanila

    Bahan C
    60 gm butter

    Hiasan - skip
    Hotdog
    mix vege
    mayonis
    cili sos


    Liza tambah:
    Kaya - filling
    Oat - tabur atas



    Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

    Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

    Kalau malas nak bentuk apa-apa, letak je dalam bekas ni. Dalam dough itu telah letak hotdog seketul
    .




    Proses pengembangan selesai dan tunggu masa utk dibako



    Liza timbang doh 60gm setiap satu..letak kaya sebagai filling n tabor dgn oat..







    Tuesday, April 12, 2016

    Strawberry Smoothie...Sedapnyaaa



    Musim2 panas ni mmg sedap layan  jus cmni kan..kalau ikutkan nafsu mmg boleh abis satu balang air tu..strawberry smoothie ni dah lama Liza buat,gara2 nak abiskan stok strawberry dlm fridge..mmg puashati kalau dapat buat sendiri, boleh letak buah bnyk2..





    RESEPI STRAWBERRY SMOOTHIE

    Bhn2:

    3 cawan strawberry - bersihkan
    2 cawan fresh milk
    1/2 cawan whipping cream
    Gula secukup rasa
    Air batu secukupnya

    - masukkan semua bhn dlm blender..
    - blend hingga halus atau ikut citarasa masing2 ye..Liza blend kurang halus sbb nk rasa biji2 strawberry tu
    - boleh la dihidang
    - nak hias dgn cream atau strawberry pun boleh


    Memang sdp dgn rasa masam manis strawberry n lemak dr susu dan cream...yummy


    Muffin Jagung + Chia Seed...





    Assalamualaikum wbt...jom layan muffin jagung yg sedap ni ye, kali ni Liza tambah chia seed utk bagi lebih berkhasiat...





    RESEPI MUFFIN JAGUNG + CHIA SEED
    Bhn2 A :

    2 cwn tpg gandum
    1 s/t baking powder
    1 s/t soda bikarbonat
    1 s/ t garam
    - semua bhn di atas diayak.

    Bhn2 B :

    1 cwn jagung krim dalam tin
    1 cwn minyak masak
    1 cwn gula pasir
    1 biji telur - dipukul sedikit

    1 s/t chia seed

    - panaskan oven 180 C.
    - campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
    - gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
    - masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
    - sejukkan dan sedia dihidang.

    Thursday, April 7, 2016

    Karipap Pusing Bonda Style....




    Liza tgk bnyk sgt resepi utk karipap pusing ni..tapi Liza ttp setia dgn resepi dan cara dr arwah ma sbb ia tak terlalu rapuh dan masih ada rasa liat2 tu..pernah kitaorg g makan kt satu tempat tu, nampak mcm sedap je karipap pusing tu, sekali bila masuk mulut terus hancuss..hubby n anak2 pun apalagi, komplen xsudah..sejak dr tu la tiap kali nk mkn karipap, maka mmg terpaksalah merajinkan diri utk buat,sian kt anak2 n hubby...padahal sendiri pun nk mkn,hihihi

    Pada yg nak tgk step by step cara buat karipap pusing ni versi arwah ma, blh klik kat SINI ye..







    RESEPI KARIPAP PUSING ARWAH MA STYLE
    Bhn2 doh :
         A
    4 cwn tpung gandum
    Sdkt garam
    Airsecukupnya
    - semua bhn diuli hingga jadi doh...ketepikan

         B
    1 cwn tpung gandum
    3 s/b mentega / marjerin
    - semua bhn diuli hingga blh dikepalkan..kalau still xblh kepal, tambahkan lagi mentega /marjerin



    RESEPI INTI KARI AYAM/ DAGING
    Bhn2:

    200 gm ayam @ daging - potong kecil2
    500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
    5 ulas bwg merah *
    1 ulas bwg pth *
    1 cm halia *
    Cili mesin - 2 s/besar
    Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
    1 labu bwg besar - potong dadu
    Daun sup - hiris nipis
    Garam, gula dan serbuk perasa
    Minyak utk menumis
    Air

    - tumbuk lumat bhn bertanda *.
    - campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
    - panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
    - masukkan ayam / daging dan sdkt air .
    - bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
    - masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
    - bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
    - gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
    - sejukkan dan sedia digunakan.
    - sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
    - blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..


    Agar Agar Nise / Gula Melaka...




    Agar agar ni pun dah lama Liza buat, masa reunion geng sekolah ujung thn lepas,hihii
    Nak buat agar2 ni takde la ssh mana pun kan, rasa manis tu blh adjust sendiri,kejap je dah siap n boleh sejukkan...ni resepi turun temurun dr arwah ma,kalau org lain buat tak tau la sama ke idak resepinya ye...mgkin sama dan mungkin jugak tidak kan..terpulang la pada selera masing2.







    RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
    Bhn2:

    Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
    Air - 3 cawan
    Santan - 1 cawan
    Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
    Nise / gula melaka - 3 keping
    Sdkt gula

    - masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
    - masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
    - bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
    - pastikan agar2 sentiasa dikacau.
    - bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
    - sejukkan dan sedia dimamam...







    ** Pesan arwah ma, kalau masak agar2 ni, bila dh masuk santan dan telur,mesti selalu kena kacau dan jgn sampai sntn n telur pecah...maksudnya bila baru mendidih, terus tutup api...bru agar2 ni akan cantik.**
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...