Wednesday, April 29, 2015

Muffin Pisang....Best Banana Muffin



Buat lagi mapin pisang ni sbb sng n anak2 pun suka...hihii
Macam biasa la kalau buat mapin ni mst tunggu depan pintu oven, bila dah tengok dia naik cantik merekah, fuhhh memang happy sgt2, rasa nak menari pun ada...satu kepuasan yg susah nak diucapkan...hihihi

Masih menggunakan resepi dari ratu muffin kita Izah ,sedap Zah..dah banyak kali akk buat, thnx ye..





RESEPI BEST BANANA MUFFIN

Bhn2:
3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar
1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang
1 biji telur- dipukul sedikit
1/3 cawan mentega/margerine cair - kalau nk guna minyak pun ok
1 1/2 cawan tepung gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon garam

#1/2 cawan kelapa kering - saya tambah sendiri..wangi weh- skip

Caranya: Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).-Liza pun





Lontong Idaman...


Assalamualaikum wbt...Liza mmg jarang buat lontong kat rumah sbb hubby mmg tak suka makan ni...jadi kadang2 menu ni Liza sendiri pun dah lupa, hihihi
Yang ni pun tak ingat dah bila Liza buat, bila tgk balik gambar ni tetiba terliur..nmpak gayanya dalam masa terdekat ni mmg kena buat lagi la...

 


Ni lah resepi yang selalu Liza gunakan..

RESEPI LONTONG KUAH LODEH

Bhn2:
300gm udang hidup, buang kulitnya - kali ni letak ayam
2 biji lada merah- hiris nipis
2 ulas bawang putih- tumbuk
5 ulas bawang merah- tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
segenggam udang kering - ditumbuk
2 batang serai, dititik
4 cawan pati santan
Garam dan gula
3 btg kacang pjg - diptong pendek
3 keping tauhu - goreng
4 keping tempe - potong kecik
2 keping fucuk dan suhun





Masak bahan tumbuk dan serai bersama santan di atas api sederhana.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe.
Selepas 10 minit, masukkan fucuk, suhun dan cili merah hiris. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat.
Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.

Bhn2 sampingan:
Nasi impit
Sambal ikan bilis

- potong kecil nasi impit, masukkan ke dlm mangkuk / pinggan, tuangkan kuah lodeh dan letak sambal ikan bilis diatasnya...sedia di makan...perghhhhh



Tuesday, April 28, 2015

Kuih Koci Pulut Hitam....




Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...kali ni Liza nak share kuih koci yg Liza buat semalam..sebenarnya ni lah kali pertama Liza buat kuih ni, tengok tu, nak melipat daun pun tak berapa menjadi....kikikii
Hubby mmg dari dulu lagi sukakan kuih ni, tapi Liza tak terbukak hati pun nak belajar buat, sbb Liza mmg tak makan kuih ni..tapi bila anak2 dah besar dan nampaknya mengikut selera papa diaorang, maka terpaksalah umi diaorang belajar buat...tu pn ambik masa yg lama dok pikir..




Dan baru2 ni, bila tertengok resepi ni kat fb yg dikongsikan oleh Kak Wan Raudzah Wan Ismail, maka keinginan nk buat tu datang balik, tu pun tak berapa confident..dan Alhamdulillah smlm lahirlah kuih koci pertama di rumah ni, puashati tgk hubby n anak2 makan, lepas satu, satu diaorang ambik....hhmmmm
Terima kasih kak Wan atas perkongsian resepi ni, Liza mintak izin utk share kat sini pulak ye...



 
RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM
 
 
Bhn2:
1 1/2 cwn tpg pulut
1/2 cwn tpg pulut hitam

1 sdb tpg gandum
1 cwn air ikut kelembutan 
Cara:
Satukn semua tpg2 n bancuhkn dgn air sedikit2 hingga mnjadi adunan yg lembut.. 
Bahan Inti:
Sebiji kelapa parut muda
1 cwn gula merah + 1 cwn air+ daun pandan - masakan - tapis
2 sb gula pasir
Sedikit garam - utk melemakkn rasa inti..
Sedikit tpg jagung 
Cara:
Campurkn semua bahan kecuali tpg jagung n masukan 1 cwn air lagi masak inti hingga agak kering n masukan tpg jagung kacau hingga inti kering.
Bahan Santan:
2 cwn santan dari sebiji kelapa
3 sdb tpg beras
1 helai daun pandan
1st garam
Cara:
Campur semua bahan n kacau atas api hingga pekat.
Cara membuat kuih koci;
Ambil adunan agak2 dlm anggaran 20 gm leperkn n masukkn inti... ketepikan n buat sampai habis..
Panaskn air dlm periuk hingga meggelegak - masuka kuih tadi dan biar hingga kuih koci timbul mcm buat buah melaka - angkat n masukan kuih koci ke dlm santan tadi n golek2 kn dgn santan ..
Ambil daun pisang n sapu minyak - masukan kuih koci tadi n sudukn sedikit santan ke atas kuih koci n bungkus kemas - kukus 5 minit uk mndapatkn aroma daun pisang n kuih koci lebih tahan lama..

 





Monday, April 27, 2015

Bahulu Pandan n Choc Rice...



Assalamualaikum wbt ...dah lama rasanya tak buat bahulu ni, tak tau la nape, mgkn jugak sebab bizi kot...hihihi alasan.
Bahulu yg Liza belajar dr Chef Zubaidah ni agak lembut ye, berbeza dgn bahulu dulu2 atau bahulu tradisional...tgk la pada sukatan tepung gandum tu, sikit je..
Sekali lagi Liza nak ingatkan, kalau tgk pada bhn2 nk buat bahulu ni mmg simple TAPI kalau tak kena gayanya mmg hancusss...tapi jgn risau, macam biasa Liza akan sertakan sekali tips utk buat bahulu ni..yg penting jangan takut utk mencuba, kalau tidak kita takkan tahu di mana silapnya...






RESEPI BAHULU

Bhn2:

4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional
 
 
Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung sbb sama cara dia)
 
 
  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C



Kalau nak perisakan bahulu ni, lepas dah siap pukul semua, masukkan perisa atau pewarna yg kita nak..






Tuesday, April 21, 2015

Kek Coklat Anis....



Resepi kek coklat ni Liza dapat dr rakan fb , Liza pun dah lupa dr siapa.hihii..katanya ni resepi kek coklat Anis yg pemes tu, tak tau la betul ke idak...tapi mmg dah banyak kali Liza buat guna resepi ni sbb anak2 mmg suka..kek yg agak moist, cuma bagi Liza struktur kek ni tak sesuai utk dibelah dan diletakkan filling sebab terlalu lembut, kalau setakat nk curah ganache ok la...tu pendapat Liza la ye...

Apa2 pun terima kasih pada penyumbang resepi ni...demi memenuhi permintaan anak2, kali ni kita kasi banjir sama dia...






RESEPI KEK COKLAT ANIS

Bhn2:

1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
 - masak semua atas api sederhana hingga gula larut

2 biji telur
- pukul dgn whisk dan masak sekali dgn bhn2 di atas

1 cawan tepung gandum
1/2 s/t soda bikarbonat
1/2 s/t double action baking powder
- semua bhn diayak.
- masukkan ke dlm bhn2 yg telah dimasak td..
- masukkan ke dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah dilengser mentega dan kukus 30 minit atau sehingga masak..Liza guna Loyang 9" sbb tu rendah..





TOPPING

Bhn2:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

- masak semua atas api sederhana..
- kalau adunan nmpk pekat, masukkan sedikit susu cair..
- biarkan sejuk sebelum tuang ke atas kek..



                                      Selamat Mencuba...





Lasagna...Sedapnyaaaa




Assalamualaikum wbt dan salam Rejab utk semua yg beragama Islam...pada yg berpuasa sunat ari ni Liza ucapkan selamat berpuasa ye...tentang lasagna ni, sebenarnya dah lama jugak Liza buat, hihi
Memang dah lama sangat rasanya tak buat lasagna ni, selalu buat baked macaroni je..pastu masa g jenjalan kat Tesco ternampaklah lasagna sheet ni, so apalagi, rembat je la...bila barang dah ada, nak buat pun senang kan...Liza dah pernah buat lasagna ni kat SINI, masih menggunakan resepi yang sama..Kali ni terhangus lah pulok kat atas tu, tapi nasib baik rasa tetap maintain sedap....ikkikii





RESEPI LASAGNA

Bhn2:
Kuah daging :
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce


Sos keju :
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam , gula

1 tin sup ayam Kimball

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api
.

Masukkan sup dulu, baru perisakan dgn garam..kalau Liza mmg Liza xletak garam sbb sup n cheese dah masin..Cuma Liza tambahkan gula sikit utk seimbangkan rasa...mmg terlajak sedappp





Bhn2 yg diperlukan :
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye!Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Friday, April 17, 2015

Puding Roti Gulung Nutella Double Chip....


Assalamualaikum wbt....kali ni Liza try buat pudding roti gulung ngn nutella pulak..opkos la anak2 suka kan...layankan aje la masa tgh rajin ni...hihihi
Pernah buat gulung kaya, kita boleh pelbagaikan filling tu ikut selera masing2 ye..nak letak peanut ke, jem strawberry ke atau apa saja filling...
Ok, jom intai resepi kat bawah ni...let's go









RESEPI PUDING ROTI GULUNG NUTELLA DOUBLE CHIP

Bhn2:

7 keping roti putih @ lebih - buang kulit tepinya
100 gm seri kaya
3 biji telur
40 gm gula kastor
200 ml susu cair
1 s/b tpg kastad
1/2 s/b tpg jagung
1/2 s/t esen vanila
1/2 cawan choc chip

1/2 cawan butterscotch chip
Nutella secukupnya


 - Sapu nutella pada roti dan gulung roti.
- Atur rapat2 dlm mangkuk atau loyang yg disapu mentega.
- Pukul telur brsama gula hingga sebati, masukkan susu cair, tpg kastad, tpg jagung dan esen vanila.
- Masukkan bancuhan ke dlm tin berisi roti td.
- Taburkan kedua2 chip,  kemudian bakar selama 35-40 minit pada suhu 190C @ hingga perang di atasnya.





Kek Tempahan Lagi..






                            Choc Indulgence Cheese Cake...





                                     Elsa Frozen Cake...




Thursday, April 16, 2015

Sambal Lokan....



Liza pun tak pasti apa sebenarnya nama siput yg besar ni..cuma kalau tak silap, orang klate panggil lokan, kalau Liza salah tolong betulkan ye...
Lokan ni bukan semua tempat ada, biasanya banyak kat area pantai timur...yg Liza beli tu, makcik tu bagi harga RM5 sekilo, kitaorg beli 3 kilo..dapatlah lebih kurang 30 biji siput ni, biji ke...hihi hentam aje la...kalau cikgu BM baca ni, kompem nangis 3 hari 3 malam...hihihii

Liza decide masak sambal je siput ni, sbb memang orang dlm rumah ni hantu sambal..tapi kena lebihkan kuah sikit ye sbb diaorang ni mmg tak pandai makan kuah kering2...ikut je la kan, janji habis...





Masak sambal lokan ni sama je cara dgn sambal yg lain, CUMA lokan ni kena rebus dulu tanpa air, bila kulit tu dah terbuka, kita ambik la isi dia, lepas tu baru masukkan dlm sambal atau apa jua masakan kita...ye la kan, takkan nak letak sebiji2 gedabak dgn kulit dia sekali dalam kuali kan, hihihii

Jom kita tgk resepi biasa2 ..

RESEPI SAMBAL LOKAN

Bhn2:

300 gm udang - buang kepala dan bersihkan( Kali ni guna lokan-rebus dulu)
1 biji bawang besar * - nk guna bwg merah pun blh
2 ulas bwg pth *
6-7 s/b cili mesin
Sdkt air asam jawa
Sdkt minyak
Garam, gula

- mesin bhn bertanda *
- panaskan sdkt minyak dan grg udg hingga masak, angkat n ketepikan..( kalau udang kecik tak yah grg dulu)
- guna minyak yg sama, tumis bhn blend dan cili mesin hingga naik bau..
- masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..
- akhir sekali masukkan udang yg telah digrg dan gaul sebati, angkat..






Kaswi Pandan Yang Wangi.....




Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...ari tu dok tengok ramai yg tayang kaswi pandan ni kat fb..dan semuanya cakap kuih ni sedap dan wangi...dalam hati dok berkira2, satu hari nnt, Liza akan buat jugak kuih ni...dan sampailah serunya minggu lepas...Alhamdulillah, kuih ni menepati selera kami semua..thnx Kak yati..Liza CnP rsepi dari dapur akk, mintak halal ye..


RESEPI KASWI PANDAN WANGI

Bhn2:


1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan - blend 2 cawan air + 5 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn

 
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

Cara-Cara

Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
*Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..




Nak buat senang, dan yang penting sodappp....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...