Wednesday, February 29, 2012

Tepung Pelita Simple....

Assalamualaikum dan salam manis semua....pekabar, harap2 sihat la ye...pernah buat kuih tepung pelita yg tak payah kukus tak? resepi kali ni mmg simple sangat, macam main masak2 jer...hihihihi


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA SIMPLE ( 26-27 bekas)

Bhn2 bahagian bawah:

1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan air
Pewarna hijau/ 3 helai daun pandan ( blend dgn 1 cawan air)
Gula -ikut kemanisan yg disukai

- masak semuanya di atas api perlahan hingga pekat dan tepungnya masak.
- masukkan ke 1/2 dlm daun pisang @ cawan2 kecil .
- ketepikan.

Bhn2 bahagian atas:

1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan santan
Sedikit garam

- masak semua atas api perlahan hingga masak dan pekat.
- masukkan ke atas adunan pandan td dan penuhkan bekas.
- sejukkan dan sedia di makan.


Senang kan, dah tak payah sibuk nk kukus kukus lagi...walaupun simple, tp rasa dia mmg sedap...


Tuesday, February 28, 2012

Sambal Goreng Bilis dan Kentang....


Ni la lauk pembuka selera, kalau dapat mkn ngn nasi panas2 ni mmg meletoppp...Biasanya Liza akan buat lauk ni utk sahur, ye la baru la laju sikit mkn , ye idak....semua org tau buat sambal kering ni kan, tp tak pe la...utk rujukan anak2, Liza letak jugak kat sini...jgn mare noooo...

RESEPI SAMBAL GORENG BILIS DAN KENTANG

Bhn2:

150gm ikan bilis - digoreng garing
2 biji ubi kentang - dipotong baji dan grg
3 s/m cili mesin
3 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
Garam dan serbuk perasa
Mnyak

- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hungga naik bau.
- masukkan garam dan serbuk perasa.
- masukkan pula ikan bilis dan ubi kentang grg td dan kacau
- siap dihidang..


                                     Liza makan dgn sup kepala ikan merah...mmg bessttttt....



Sup Kepala Ikan Merah Berempah...

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali di dapur maya ni....diharapkan semua kengkawan sihat walafiat la hendaknya yer...kalau rasa2 macam tak sihat tu, cepat2 la g klinik, tak yah nk tangguh2...sbb sekarang ni macam2 penyakit yg ada kan, naik risau pulak bila fikirkan anak2....




Sebenarnya sup kepala ikan merah ni pun salah satu resepi dr arwah ma...mula2 kawin dulu, hubby Liza mmg tak boleh mkn sup ni, ye la dah tak pernah jumpa sup kepala ikan...biasanya kepala ikan ni org buat kari, tp takkan nk kari jer memanjang kan, sesekali kena tukar la jugak selera tu...Liza mmg suka mkn sup ni sbb kepala ikan merah tu mmg peberet, masak la apa pun mst licin pinggan....hihihii

Pada sesape yg tak pernah lagi rasa cmner rasanya sup ni, kena lah try buat yer...kalau tgk jer, sampai bila pun tak boleh nk mkn....kuikuikui

RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH BEREMPAH

Bhn2:

1 ekor kepala ikan merah - belah 2
2 keping isi ikan merah
5 s/m minyak masak
1 paket rempah sup serbuk - bancuh dgn sedikit air
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 tangkai daun sup - potong halus
Bawang grg - utk tabur
1.5 liter air


- panaskan minyak dan masukkan bhn2 tumbuk, biar hingga naik bau.
- masukkan pula rempah sup dan biar hingga sedikit garing dan wangi.
- masukkan air, biar mendidih dan masukkan kepala ikan, garam dan serbuk perasa.
- biar mendidih sekali lagi dan sedia diangkat.
- tabur dgn daun sup dan bawang grg dan boleh dihidang...


Saturday, February 25, 2012

Lontong aka Kuah Lodeh....


Kalau lontong ni kan, Liza memang sukaaaaaaa sangat...tp cik hubby mmg tak sukaaaaa sgt...habis tu camner...susah kan...tiap kali nk mkn, terpaksa la makan kat kedai..kalau tak pun, Liza kena buat ms cik hubby tak de la, baru sedap nk melantak....hehehehehe

Liza memang jarang buat lontong ni atas sebab2 kat atas tu la...sian kan..tp bila dah buat, melantak tak hengat dunia dah....sedaaapppp, rugi la sape yg tak makan kan,kan....

RESEPI LONTONG aka KUAH LODEH

Bhn2:

300gm udang hidup, buang kulitnya
2 biji lada merah- hiris nipis
2 ulas bawang putih- tumbuk
5 ulas bawang merah- tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
segenggam udang kering - ditumbuk
2 batang serai, dititik
4 cawan pati santan
Garam dan gula
3 btg kacang pjg - diptong pendek
3 keping tauhu - goreng
4 keping tempe - potong kecik
2 keping fucuk dan suhun

Masak bahan tumbuk dan serai bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit, masukkan fucuk, suhun dan cili merah hiris. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.






Kek Cawan Pisang + Prune....


Assalamualaikum dan salam dihujung minggu semua....ari ni mesti dah plan nk g shopping kan...nnt jgn lupa pulak, ajak Liza sekali yer...ekekekeke

Sebenarnya kek pisang ni Liza tgk kat umah Iza hari tu...dah namanya 'antu pisang' kan, pantang nmpk ada resepi pisang mst nak buat....hihihii..ape2 pun kek ni mmg best dan wallllaaaa...biasanya anak2 Liza tak suka mkn buah2 yg ada kat dalam kek @ kuih muih, tp bila buat kek ni, diaorg blh cakap sedap la pulak....haaaa, baru diaorg tau kan...kalau tidak bnyk sgt songehnya....

Kali ni Liza buat kek ni dlm cup kecik2, senang anak2 nk bawak bekal g sekolah...ok jom kita tgk resepi ni yer...tq bebnyak la pada Iza, mintak halal akak share kat sini pulak yer.....

RESEPI KEK PISANG + PRUNE

Bhn2:
  • 250 gm butter
  • 100 gm brown sugar
  • 80 gm gula kastor (boleh tambah bergantung pada kemanisan pisang)
  • 5 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 200 gm pisang, lecek
  • 60 gm coklat rice
  • 10 biji prune, dihiris halus
  • 320 gm tepung naik sendiri*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak)



 
 
 
 
CARA PENYEDIAAN :
❀ Lengser loyang bulat 22cm. Alaskan dasarnya dan lengserkan lagi dengan marjerin.
❀ Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
❀ Masukkan telur satu persatu sambil diputar rata.
❀ Bubuh susu dan vanila. Kacau sebati.
❀ Masukkan pula pisang dan prune. Kacau rata dengan spatula.
❀ Akhir sekali, masukkan 1/3 tepung dalam adunan...kaupbalikkan. Masukkan 1/3 lagi, kaupbalikkan. Dan baki 1/3 lagi tepung digaulkan dengan coklat rice dan masukkan ke dalam adunan, kaupbalikkan hingga rata.
❀ Tuangkan dalam loyang. Bakar hingga masak

Thursday, February 23, 2012

Pau 3S....


Assalamualaikum dan salam manis semua...macam biasa la, kalau kat umah ni tiap kali buat pau kena buat 2 versi...satu manis dan satu lagi pedas...diaorg ni buat cm kat kedai pulak kan...isssshhh

Kali ni Liza cuba satu lagi resepi pau yg tersohor semenjak dua menjak ni...pau ni sebenarnya Liza skodeng kat umah Kak Maz...memang patut pun pau ni di'sohor'kan sbb gebu n lembut sgt....ok lah, kita tak payah nk buang masa, jom kita terus tgk resepi yer....

Buat Kak Maz, terima kasih bebanyak sbb sudi share resepi ni...mintak halal Liza share kat sini pulak yer kak....

RESEPI PAU 3S

Bhn2:
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau


Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.

Pau ni kalau buat kecik2 dapat la dlm 14 biji, tp Liza buat sedang2, dapat dalam 10 biji jer....

Wednesday, February 22, 2012

Kari Ikan Tongkol Nasi Berlauk.....


Sape pernah mkn nasi berlauk kelate, angkat tgn....ni la sebenarnya lauk ikan tongkol yg khas utk nasi berlauk....nasi berlauk ni kalau kat kelate biasanya org jual pagi2, utk bekpes....kalau kita tgk lauk ikan tongkol utk nasi dagang tu lain pulak....tp bg Liza, dua2 pun sedap utk nasi dagang, ikut selera la kan...

Resepi ni istimewa dr arwah bonda tersayang, lauk ni kalau mkn keesokan hari lg bertambah2 best....sebab semua rasa dah sebati....kalau nk cuba, ape kata try resepi kat bawah ni...

RESEPI KARI IKAN TONGKOL

Bhn2:

1 ekor ikan tongkol@ aye - potong dan rebus dgn sdkt garam dan asam keping hingga masak.
1 inci halia - tumbuk
5 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
Sedikit air asam jawa - kalau nk guna asam keping pun blh
Santan dr sebiji kelapa - jgn terlampau cair, agak2 sederhana pekat
1 paket rempah kari ikan - Liza guna adabi
2 s/b cili mesin
1 keping nise/ gula melaka
Garam, gula dan serbuk perasa
Timun/ kacang panjang/ bendir/ terung
Minyak - utk menumis

- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk.
- campurkan sedikit air bersama serbuk kari ikan dan cili mesin.
- masukkan kedlm periuk td dan biar hingga naik bau.
- bila dah nmpk sedikit kering, masukkan air asam jawa dan kacau sdkt.
- masukkan santan dan nise/ gula melaka dan biar mendidih.
- selepas tu, masukkan pula ikan yg telah direbus bersama sdkt garam, gula dan serbuk perasa.
- biarkan mendidih sekali lg, baru masukkan sayuran..
- renihkan diatas api perlahan hingga semua rasa sebatidan sedikit pekat.
- angkat dan hidangkan...

# garam jgn masuk bnyk sgt yer sbb ikan tu dah direbus dgn sdkt garam,lebih elok kalau rasa dulu sebelum letak garam dalam kuah.#


Biasanya kuah kari ikan tongkol ni kena pekat sikit, baru best...kalau nk lagi best, masak mlm ni dan mkn esok...amacam, boleh? hihihihhii


Kuih Bom aka Kuih Bijan....

Mari dekat, mari dekat, jgn takut yea,kuih ni tak meletop....muahahaa..act kan Liza pun takut jugak tiap kali grg kuih ni..mana tau kang tak pasal2 kebabooommm....hihihii..tp kan nasib baik la Cheq Sue sudi berkongsi tips utk dapat gorengan kuih yg sempurna dan cantik....


Cantik tak? boleh la kan, janji tak meletop....ekekekekeke, jom kita cilok resepi dr Cheq Sue pulak...terima kasih daun keladi ye cikgu....

RESEPI KUIH BOM aka KUIH BIJAN

Bhn2: (10-11 biji)

50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan doh:

200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa: Liza guna inti kacang merah

60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

- Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
- Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
- Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
- Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
- Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
- Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
- Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan




Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

Nasi Serai n Puyuh Goreng Rempah....


Assalamualaikum wbt...dah lama dok skodeng nasi serai ni kat dapur Kak Yatie, last2 sampai jugak la seru utk buat nasi ni....fuhhhh, mmg harum satu rumah, wangiiiii...

Liza suka sgt kalau masak guna resepi simple cmni...bkn ape, sbb bhn2 semua dah ada kat umah kan, tak yah sibuk nk merempit g kedai...hihihi..ape2 pun tima kaseh buat Kak Yatie dan Kak Nor sbb share resepi yg marbeles ni...

Moh kita intai resepi pulak yer...

RESEPI NASI SERAI

Bhn2:
  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill
  • Daun sup - Liza tambah
Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

Ni la lauk gandingan nasi serai hari tu, disamping sambal sotong....amik resepi ni dr dapur Dayang, ok jom kita tgk resepi ni pulak yer...thnx yer Dayang....izinkan akk share kat sini pulak...

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bhn2:
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas...



Tuesday, February 21, 2012

Puyuh Goreng Kicap....

Assalamualaikum dan selamat malam semua...ari ni nk share lauk puyuh grg kicap yg Liza buat hari tu...sesekali tukar selera sedap jugak kan....puyuh grg ni sama jer dgn ayam grg kicap....resepi biasa2, takde yg spesel pun....tp burung puyuh ni bnyk khasiat dia, berbaloi la dgn harga dia....Liza beli 10 ekor harga dia RM25...tak taulah murah ke mahal...

Liza share resepi grg kicap kat sini utk rujukan anak2 Liza nnt...semoga ilmu ini berguna pada mereka kelak....


RESEPI PUYUH GORENG KICAP

Bhn2:

5 ekor burung puyuh ( potong 2 @ 4) - perap dgn kunyit dan garam dan goreng
8 biji bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
6 s/b cili mesin
Serbuk perasa
1 biji bwg besar - hiris bulat
Kicap manis secukupnya
Minyak utk menumis

- panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan kicap dan serbuk perasa, kacau sebati.
- masukkan pula puyuh yg telah digoreng dan bawang besar.
- gaul sebati dan bolehlah diangkat.
# garam tak perlu sbb puyuh dah masin...


Walaupun lauk ni simple, tp tetap mendapat tempat dihati family Liza....kalau grg kicap hari2 pun tak pe...hihihihhi


Monday, February 20, 2012

Bun Coklat Chips.....


Assalamualaikum dan salam sayang semua....alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan utk kita berjumpa lagi dialam maya ni...semoga semuanya sihat2 hendaknya yer...

Bun choc chips ni satu lagi resepi dr Ros Jintanmanis, pakar roti kita...tp kan kalau tgk roti Liza tolong jgn gelak yer...kaler roti tu jadi cmtu sbb Liza campurkan terus coklat chips masa menguli doh....sepatutnya letak masa proses perap tu....xpe la belajar dan terus belajar kan....


Liza letak filling nutella kat dalam tu...bila tgk roti ni kan, kakak (anak Liza no 3) cakap ni roti terbakar....uwaaaaaa....hihihii

RESEPI BUN COKLAT CHIPS

Bhn2:

420gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
30gram serbuk koko
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
190ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)
(bahan tambahan, sedikit kismis hitam dan coklat chip)- Liza guna coklat chips jer
Nutella - filling

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali coklat chip dan kismis hitam dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan coklat chip dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, masukkan pula coklat chip dan kismis hitam, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak toppingkan bun ni dengan coklat rice pun boleh, satu adunan ni dapat banyak juga.

Sunday, February 19, 2012

Homemade Jem Strawberry...


Assalamualaikum dan salam di hujung minggu semua....ni satu lg n3 yg dah lapuk yer...strawberry ni beli kt CH masa CNY ari tu...jadi, faham2 sendiri la ye...ekekekekee

Jom kita terus tgk cmner Liza buat jem ni yer...act kan ni pes time Liza buat jem sendiri, suka sgt sbb hubby ngn anak2 cakap sedap....ingatkan susah sgt nk buat, rupanya senang jer...hiiihhi, berbaloi rasanya..

HOMEMADE JEM STRAWBERRY

Bhn2:

1 cawan gula
1 cawan strawberry

- masak bhn2 hingga keluar airnya.
- kalau nk jem yg ada rasa buah sebiji2, masa separuh jalan tu keluarkan buah td.
- bila rasa2 dh pekat sikit, masukkan balik buah td.
- angkat la bila rasa dah cukup kepekatan yg kita nak...


Dah ready utk di mamam...selamat dan suci sbb takde bhn pengawet, perisa dan pewarna tiruan....semuanya asli semata2....hihihihihii


Friday, February 17, 2012

Bistik Daging n Tulang...


Assalamualaikum dan salam manis di hari Jumaat 17 Februari 2012....dah lama betul Liza tak jenguk dapur ni...ni pun n3 yg tertangguh lagi, buat masa cuti thaipusam hari tu...hihihi

Resepi ni Liza amik dr buku Variasi Masakan Selatan, dr Chef Norzailina Nordin....Liza mmg selalu buat bistik ni sbb family Liza mmg suka...kalau dapat cicah ngn roti pun best...

Ok lah jom kita layan resepi simple ni yer...

RESEPI BISTIK DAGING N TULANG

Bhn2:

500 gm daging + tulang - bersihkan
400 gm ubi kentang - bersihkn dan potong 4
4 s/m tpg gandum
4 s/m marjerin
3 s/m minyak masak
1s/t serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
Garam dan gula pasir secukupnya

Bhn kuah:

150 - 200 ml air
120ml tomato sos
2 s/m cili kisar
1s/m tomato puri
1 kiub stok daging - optional

Bhn2 kisar:

6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar

- keringkan dgg n tulang dan salut dgn tepung, serbuk lada hitam dan garam, perap selama 30 minit.
- panaskan minyak dan marjerin dan grg dgg hingga perang, angkat.
- masukkan kulit kayu manis dan bhn2 kisar dan masak hingga naik bau.
- masukkan kentang dan gaul hingga 1/2 masak, campurkan dgg n tulang yg telah digoreng td bersama bhn2 kuah.
- tambahkan sdkt air dan tutup periuk skjp.
- bila kentang empuk, bubuh garam dan gula pasir . kacau selama 2-3 minit lg.
- sedia diangkat dan dihidang...



Thursday, February 9, 2012

Chilled Strawberry Cheesecake 4 A Special Day....


Dah lama terliur nk buat cheesecake ni...tiap kali masuk dapur Cik Mat Gebu, mst dok telan air liur tgk macam2 resepi cheesecake yg ada....pilih punya pilih, resepi ni yg Liza berkenan utk dijadikan sebagai birthday cake sendiri....uwaaaaaa, sedih, birthday sendiri pun kena buat kek sendiri.....hihihihi

Sebenarnya hari tu cik hubby dah tanya, nk beli kek tak? Liza cakap xyah la sbb Liza nk try resepi cheesecake yg lama dok peram ni...yer la, something spesel mesti la utk hari yg spesel jugak kan....so, hari tu, Liza celebrate awal masa semua ahli forum ada kat umah...kalau pada sesape yg rasa nk mintak tu, batalkan je lah niat tu, sbb dah jadi baja pun.....hihihihii

Cheesecake ni  mmg best, cik hubby yg tak suka mkn cheesecake pun blh bertambah2 mkn dan cakap sedap....terima kasih pada CMG yg sudi berkongsi resepi cheesecake yg best dan menepati selera family Liza....

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak yer....jom kita intai resepi dr CMG ni, tp base cheesecake ni Liza guna Super Moist Eggless Choc Cake...

RESEPI CHILLED STRAWBERRY CHEESECAKE

Bhn2:
200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies
80 gram mentega, dicairkan
- Liza guna super moist eggless choc cake
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.-yg ni Liza xbuat
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..

CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap.




Bhn hias atas kek: ( kalau xnak buat pun xpe)

1/2 s/t gelatin halal /srbuk agar2
15 ml air
75 gm strawberry filling

- campurkan gelatin dan air.
- panaskan sebentar dan campur strawberry filling.
- sapu atas kek yg dah sejuk..

Cheesecake ni mmg sedap dgn gabungan rasa kek coklat dan cheesecake strawberry tu....yg penting Liza suka sbb cheesecake ni tak payah nak bakar...hihihihhi



Roti Nasi ala2 Finger Bun...


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua....hari ni 090212 bersamaan 16 Rabiulawal 1433H, genaplah 38 tahun Liza dilahirkan....alhamdulillah, syukur sgt2 kerana masih diberi peluang utk bernafas dan berada di samping suami dan anak2 tercinta dan jugak teman2 yg selalu memberi dorongan....semoga Liza terus diberi kesihatan yg baik utk beribadah padaNya dan dipanjangkan umur utk menunaikan segala tanggungjawab yg terpikul...Aminnnnn

Ok lah,selama ni kan,Liza tak pernah pulak terfikir nasi blh dibuat roti...hari tu sajer la jalan2 kat dapur Ros Jintanmanis, so terjumpa lah resepi ni, nmpk menarik sbb Liza tgk kat MyR mmg ramai yg memuji kesedapan roti ni....nak tau jugak kan cmner la rasa roti yg ada nasi ni, so, Liza pun try la buat dan inilah hasilnya....

RESEPI ROTI NASI

Bhn2:
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.
2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).
4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).Liza letak inti kacang merah..
6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
Liza jalurkan dgn strawberry filling kat atas doh sblm dibakar...
7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.
8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.



Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit.



Wednesday, February 8, 2012

Muffin Yogurt Strawberry.....


Malunyaaaa, mapin yg Liza buat ni senget sebelah pulak....mula2 tu tak tau knp mapin ni senget kan, lepas tu terus g study buku Chef Wan...rupa2nya dia jd cmni sbb suhu oven yg rendah ataupun adunan terlalu sedikit....tak pe la kan, belajar dr pengalaman....

Kalau adunan mapin tu cair sikit, kita kena isikan dalam 3/4 penuh jer sbb dia akan mengembang, tp kalau adunan tu pekat, kita kena isi hingga ke paras bibir acuan...tu tips dr Chef Wan la....eemmmm, bnyak lagi yg kena belajar ni...

Ok lah, kita citer pasal mapin ni pulak yer...masa cuti CNY hari tu, sempat jugak la kitaorg melepak kat CH....fuhhhh punya lah ramai org masa tu, tp disebabkan kitaorg g sana balik hari, jadi terpaksa jugak la berenti kat kedai2 yg jual souvenir, ladang teh dan strawberry....terpaksa redah jer la masa tu...bg Liza strawberry kat CH lg murah berbanding ngan GH...mungkin jugak sbb kat sana bnyak ladang strawberry kan...

Resepi mapin ni Liza berkenan bila tgk kat dapur mek mapin kita...sape lagi kalau bukan Izah tu...mapin ni mmg sedap, betul cakap Izah, wangi dan penuh dgn rasa strawberry...Liza pun ikut cara Izah, tambahkan strawberry segar kat dalam adunan tu....

Akak mintak izin share resepi kat sini pulak yer Izah...mintak halal dunia akhirat...


RESEPI MUFFIN YOGURT STRAWBERRY

Bhn2:

2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana - Liza cincang sikit


 
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
- Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
- Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, strawbery paste dan sebatikan hingga licin.
- Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
- Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
- Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
- Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.
 
 
 

Masak Lemak Ikan Merah Bersama Tomato Ceri....



Anak2 Liza mmg suka lauk cmni kecuali abg...abg kalau kari, hari2 pun tak pe....bila dia tak de ni, selalu jugak la Liza masak utk adik2 dia kuah lemak ni....resepi turun temurun dr arwah ma, dan sekarang Liza titipkan kat blog ni utk anak2 Liza pulak....

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MERAH BERSAMA TOMATO CERI

Bhn2:

4 keping ikan merah
10 biji tomato ceri - potong 2
3 cawan santan
1 keping asam gelugur
2 s/b cili mesin
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - tumbuk halus
11/2 inci kunyit hidup - tumbuk halus
Sedkit garam dan serbuk perasa

- masakkan santan bersama bhn2 tumbuk dan asam gelugur.
- kacau selalu supaya tidak pecah minyak, bila mendidih masukkan ikan, garam dan serbuk perasa.
- bila ikan dah masak, masukkan tomato ceri dan masak sebentar shj.
- tutup api dan sedia dihidang....




Jom Breakfast English Style....

Assalamualaikum dan salam manis semua...dulu2 arwah ma selalu jugak buat bekpes ni, kitaorg adik beradik suka sgt...sekarang ni anak2 liza pulak yg mengganti....breakfast yg paling senang nk buat, kalau g hotel pun, ni la breakfast yg anak2 Liza akan cari dulu..


Biasanya Liza akan kukus dulu roti tu,bg dia lagi lembut....ada jugak org yg bakar dulu kan, terpulang la selera masing2...



ROTI BAKE BEAN

Bhn2:

Roti sandwic - kukus skjp
Telur - digrg / direbus
Ubi kentang- digrg / direbus
Baked bean dlm tin
Sosej - digrg / direbus ( yg ni xde stok)


                           Yg ni Liza punya, mkn ngan roti sekeping pun dh cukup kenyang....



Tuesday, February 7, 2012

Pengat Pisang Bersagu.....



Assalamualaikum dan selamat malam....hari tu cik hubby tetiba jer teringin nk mkn pengat pisang...kesian jugak kat dia, sbb selalu sgt masak peberet anak2...jd cam biasa la, Liza terus rempit g pasar cari pisang, ala2 isteri mithali gitu....hahahahahaha...padahal mmg berantu ngn pisang...ihihihi

Pengat pisang ni semua org dah tau buat kan, kalau ikutkan hati mmg tak nak letak resepi kat sini, tp demi anak2 Liza akan share jugak utk memudahkan diaorg suatu hari nnt....

RESEPI PENGAT PISANG BERSAGU

Bhn2:

Sesikat pisang dalam 10 biji - buang kulit dan belah dua
500ml santan
2 keping gula melaka / nise
2-3 s/b gula pasir
1/2 mangkuk sagu
secubit garam
Sehelai daun pandan  - simpul



- Masukkan santan , daun pandan, gula pasir dan gula melaka
- Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
- Kacau santan jangan sampai santan mendidih
- selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
- Masak sehingga sagu nampak jernih
- Sedia untuk dihidangkan



Monday, February 6, 2012

Nasi Lemak Tumis Daun Pisang...


Assalamualaikum dan salam ceria semua....ari ni nk share nasi lemak tumis yg Liza buat ari tu...tLiza suka sgt mkn nasi lemak yg bungkus ngn daun pisang cmni....wangiii jer bau dia....org lain dah lama buat nasi lemak tumis ni, cuma Liza ni baru sampai seru....hihihihii...dulu pun Liza pernah buat nasi lemak tumis ni ngan versi lain, ape2 pun dua2 mmg syiooookkkk....

Resepi asal dr Kak Jun kat MyR...thnx utk resepi ni yer Kak Jun...Liza share kat sini pulak...


RESEPI NASI LEMAK TUMIS DAUN PISANG

Bhn2:
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara

  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
  2. bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
  3. pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  4. hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.


Nota Dapurmamasya

Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Sunday, February 5, 2012

Kek Pisang....



Selamat petang semua...resepi kek pisang ni dr dapur Naz..sedap n gebu, tu yg boleh Liza katakan...Liza buat 2 adunan dr bhn2 kat bawah....



                             Liza mintak izin share resepi kat sini pulak yer Naz...terima kasih...

RESEPI KEK PISANG

Bhn2:
  • 125 gm butter
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara :

  1. Cairkan butter dan ketepikan.
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.



Char Kuetiaw Goreng Mamak....


Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua kengkawan dan pengunjung blog Intai Dapur....semoga semuanya sihat walafiat di samping tugas2 harian yg tak pernah habis....

Kuetiaw grg mamak ni Liza amik dr umah Kak Ita, terliur pulak nmpak kat dapur dia hari tu...tp masa Liza buat ni bnyak bhn yg tak cukup, so Liza adjust ikut bhn yg ada kat umah jer la....ape2 pun rasanya mmg sedap....jom kita tgk resepi penuh dr Kak Ita...

Liza share kat sini pulak yer Kak Ita...terima kasih daun keladi....

RESEPI CHAR KUETIAW GORENG MAMAK

Bhn2:

1kg kuetiau
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah
2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa




Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap, sos tiram dan kuetiau. Kacau rata.
Ketepikan kuetiau dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan kuetiau sedikit kering.
Siap untuk hidangan.

 

                                                                  Jemput semua....

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...